1 Sebagai individu yang mengambil keputusan nekad untuk bergerak aktif dalam UMNO ketika UMNO melalui zaman sukarnya di mana sebahagian orang sudah lari daripadanya, saya bertekad untuk membantu UMNO melalui gerak kerja berteraskan pendidikan dan pemikiran bitara dengan menggunakan instrumen blog dan media sosial.

2 Seperti ketika UMNO melalui zaman sulitnya saya tidak akan berganjak sedikitpun untuk terus membantu UMNO ketika UMNO kini sedang mendapat sentuhannya kembali.

3 Saya bencikan perbandingan ketika saya masih memerlukan kedua-duanya untuk memperteguh parti.Apabila saya menyokong seseorang, tidak pula saya membenci seseorang yang lain.

4 Saya tidak pernah memilih mana-mana rumah pemimpin dan ahli untuk saya kunjungi selagi ia orang Melayu.

5 Apa hak saya untuk membenci seseorang walhal setiap orang UMNO bagaimana kecil sekali pun kedudukannya, semuanya bermanfaat untuk parti, agama, bangsa dan negara.Terpulanglah kepada pemimpin untuk mengembleng tenaga dan idea mereka.

6 Disebabkan sikap memilih-memilih dan berpuak-puak inilah yang menjadikan kita pernah lemah, mengapa ketika baru mendapatkan kekuatan kita kembali, kita mula lupa lalu hendak mengulang kesilapan yang sama dengan menggembar gemburkan bahawa si fulan ini lebih baik daripada si fulan, dan si fulan itu lebih buruk daripada si fulan.

7 Jika pilihan terpaksa dibuat sekali pun serahkanlah kepada yang tertinggi untuk menentukan, dan belajarlah untuk akur.

8 Janganlah yang tidak dipilih dimalukan untuk seumur hidupnya seperti ia musuh kita.Berikan dia peranan yang sesuai, tanya pendapatnya dan bawa dia bersama dalam kerja parti.

9 Bagi saya setiap orang itu amat berguna kepada kita,dekatilah dan sentuhlah hati mereka.

10 Merendah dirilah, dan biasakanlah memohon maaf jika kita melakukan kesalahan.Tak kan rugi apa-apa, malahan orang akan lebih menghormati kita.

GuruBashid