1 Ura-ura Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendak menggunakan kaedah biometrik dalam proses pengundian pada kali ini telah menimbulkan ketakutan pembangkang.

2 Kaedah paling terkini yang sepenuhnya saintifik dan paling tepat sejajar dengan dunia moden untuk mengesan penipuan nampaknya telah ditolak, sebaliknya pembangkang lebih suka kembali 20 tahun ke belakang dengan mencadangkan penggunaan dakwat kekal.

3 Penolakan cadangan tersebut bukanlah alasan untuk SPR melupakan sahaja kaedah itu sebab parti-parti politik yang lain dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang juga berhak untuk bersuara dan mencadangkan sesuatu kepada SPR belum diambil pendapat mereka secara rasmi.

4 Pembangkang bukanlah mewakili suara pengundi sepenuhnya, mereka hanya merupakan kumpulan minoriti.Masih ada kumpulan majoriti yang perlu ditanya keputusan mengenainya, termasuk parti komponen yang memerintah pusat dan memenangi lebih banyak negeri, iaitu Barisan Nasional sendiri

5 Walaupun pembangkang yang terlebih bising dalam hal ini, itu bukan bererti BN tidak berhak untuk diminta pendapat dan pandangan mereka.

6 Kaedah pengesanan cap ibu jari tangan pengundi yang disejajarkan dengan era teknologi moden adalah sesuai dengan era pascamodern masa kini.

7 Malahan biometrik sebenarnya amat menepati kehendak Islam yang telah menyebutkan tentang bagaimana ibu jari menjadi bukti yang paling tepat untuk mengenal pasti identiti seseorang memandangkan setiap orang mempunyai tanda pada ibu jari yang berbeza dengan orang lain.

8 Begitulah pengetahuan Allah yang Maha Luas dan Meliputi dalam penciptaan manusia. Tetapi anehnya PAS yang selalu menyebutkan dalil-dalil daripada Al-Quran dan al-Hadith, nampaknya tidak pula memakai dalil ini untuk menolak cadangan tersebut.

9 Penggunaan dakwat kekal yang dicadangkan itu tidak dapat mengatasi biometrik yang jauh lebih berkesan dan tulen dalam mengenal pasti identiti pengundi.Malahan dakwat kekal boleh didapati dari pasaran dunia, dan terdedah kepada faktor penipuan, pemalsuan dan pelunturan.

10 Jika pas menggunakan alasan bahawa tidak semua orang tahu tentang biometrik, itulah sebenarnya jawapannya.

11 Biarlah hanya yang ahli atau pakar sahaja yang mengetahui bagaimana sesuatu itu dapat digunakan untuk tujuan pengesanan agar ianya tidak terdedah kepada sebarang manipulasi dan penipuan.

12 Jika semua orang tahu bagaimana sistem itu berfungsi dan bagaimana ia dapat digunakan, itu adalah permulaan kepada penyelewengan dan pemalsuan. Serahkan sahaja kepada yang arif, dan biar mereka yang megendalikannya.

13 Orang ramai termasuk parti politik hanya perlu tahu secara umum, bagaimana berkesannya sistem itu.Sebab itu SPR bersedia pada bila bila masa untuk menjelaskannya. Bukanlah menunggu sehingga semua pengundi tahu bagaimana mengoperasikannya, baru hendak memperkenalkannya. Adalah memadai pengundi tahu setakat yang berkaitan dengan fungsi mereka sebagai pengundi sahaja.

Hakcipta Abd Bashid Harun

Apa Pula Kata DS Najib Dalam Perkara Ini:

Pembangkang hanya tahu bantah kerajaan - Najib
28/07/2011 7:06pm

PENDANG 28 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang akan sentiasa membantah apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

Katanya, apabila kerajaan mahu memperkenalkan penggunaan biometrik bagi mengesahkan pengundi pada pilihan raya, mereka akan mengatakan penggunaan dakwat kekal adalah lebih baik dan beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal, pembangkang akan mengatakan biometrik lebih baik.

“Mereka sekadar mahu membantah apa juga yang kita lakukan. Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan. Tiada pendirian konstruktif di pihak mereka. Mereka bukannya mahu mencari sesuatu yang dapat menambah baik sistem, mereka hanya mahu mencari kelemahan dalam sistem itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.

“Bagi dakwat kekal, anda boleh kenal pasti sumbernya… anda boleh dapat daripada sumber-sumber lain dan buat perkara yang sama. Ia satu kerugian kepada rakyat yang tidak dapat pergi (mengundi),” katanya. - Bernama

Tulisan saya di atas turut diulas akhbar Utusan Malaysia.KLIK DI SINI