* Sesuai untuk bacaan Pengetua/Guru Besar/PK1
Berdasarkan kajian kepimpinan instruksional di sekolah (Flath, 1989 ; Stronge, 1988):
- 62.2% tumpuan kepada pengurusan sekolah
- 6.2% tumpuan ke isu-isu program pendidikan
- 11 % tumpuan kepada kepimpinan instruksional
Kepimpinan Sekolah oleh Hughes (1975) dan Coulson (1986):
Dua peranan pemimpin sekolah iaitu pertama sebagai ketua eksekutif organisasi dan kedua, Pemimpin profesional kurikulum
Menurut Berlin, Kavanagh dan Jensen (1988) - tugas pengurusan harian jangan menghalang Pengetua daripada menjadi pemimpin pengajaran
Kepimpinan Instruksional menurut Blasé dan Blasé (1998):
Kepimpinan Instruksional merupakan gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum yang berkait rapat dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran termasuk pembelajaran profesional guru dan perkembangan pelajar
Menurut Hallinger & Heck (1997), perhubungan Kepimpinan Pengetua dengan pencapaian pelajar dapat diklasifikasikan kepada tiga jenis:
1 Kesan langsung - mempengaruhi ‘outcomes’ sekolah
2 Kesan perantaraan - melalui pembolehubah lain.
3 Kesan ‘reciprocal’ - mempengaruhi guru dan sebaliknya, dan proses ini mempengaruhi ‘outcomes’
Dapatan kajian ke atas seorang guru di Amerika Syarikat oleh Blasé dan Blasé (1998), Kepimpinan Instruksional haruslah melibatkan perbincangan dengan guru, iaitu:
- Menggalakkan perkembangan profesional guru
- Membina kemahiran refleksi kendiri guru
- Prihatin terhadap hasil kerja
- Selalu memuji
- Memberi autonomi
Perbincangan dengan guru-guru Pengetua / Guru Besar perlu kemahiran berikut:
- Pemerhatian di dalam kelas
- Kaedah Pengajaran Pembelajaran
- Memahami dan menganalisa data P & P
- Perbincangan untuk penambahbaikan
- Kemahiran Komunikasi
- Memahami latarbelakang guru
Ciri-Ciri Pengetua / Guru Besar berkesan menurut Southworth (2002):
- Kerja Kuat (cergas fizikal & emosi stabil)
- Azam yang tinggi (berwawasan)
- Sikap yang positif (kreatif, inovatif)
- Senang didekati (komunikasi & motivasi)
- Kerja berpasukan (syura)
- School improvers
- Menjadi model kepada guru & pelajar
- Pengawasan aktiviti-aktiviti sekolah
Kesimpulan:
1.Sebagai Pengetua/ Guru Besar harus ada budaya peningkatan ilmu yang berterusan (continuing profesional learner) untuk diri dan guru-guru.
2.Sesi reflektif diri harus sentiasa di adakan bagi menangani masalah, isu serta cabaran semasa.
3.Pengetua/ Guru Besar harus memiliki keilmuan yang tinggi tentang kurikulum, pedagogi yang kaitan langsung dengan P & P dalam kelas (pencerapan, penyeliaan, pengurusan kelas)
4.Kerja berpasukan serta setiap keputusan dibuat secara permuafakatan menjadi teras kejayaan bersama.
5.Kerja kuat dan berpegang kepada Prinsip kerja sebagai Ibadah dapat menangani banyak karenah kerja seharian
6.Pengetua/ Guru Besar harus memiliki kemahiran berkomunikasi dan perhubungan yang baik dengan semua lapisan warga sekolah dan komuniti
Rumusan:
Kepimpinan Instruksional harus memiliki:
- Keilmuan yang tinggi
- Mengetahui proses penyampaian ilmu dalam P & P
- Menterjemah dan pengoperasian kurikulum.
- Membangunkan Staf.
- Memahami proses pencerapan dan penyeliaan.
Nota Kuliah Oleh Pensyarah IAB











No user commented in " PERSIAPAN 2010: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply