IBU BAPA atau penjaga pelajar yang berkunjung ke sekolah atas apa jua sebab wajar diberi layanan yang baik oleh pihak sekolah. Layanan yang baik itu mesti bermula daripada pengawal keselamatan lagi, kemudian diikuti kakitangan pejabat dan guru yang ditemui. Pihak sekolah harus menyedari bahawa tahap pendidikan, taraf pemikiran dan cara berkomunikasi seseorang ibu bapa dengan ibu bapa yang lain tidak sama. Ibu bapa datang ke sekolah dengan berbagai-bagai tujuan dan cara. Ada ibu bapa yang bertanya tentang anak mereka, ada yang dipanggil kerana kes disiplin anak, dan ada juga yang ingin mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Tegasnya pihak sekolah mesti bersedia menerima pelbagai latar belakang ibu bapa dan kepelbagaian tujuan mereka datang ke sekolah. Tugas pihak sekolah adalah memberikan layanan yang terbaik kepada mereka. Beri jawapan yang tepat dan lakukannya sejujur yang mungkin. Biasanya ibu bapa lebih menghormati guru yang menghormati mereka dan bersedia mendengar pandangan mereka. Ibu bapa tidak mahu mendengar mereka dan anak-anak mereka dipersalahkan. Itu tidak menyelesaikan masalah. Tetapi ibu bapa ingin mengetahui apa yang patut dan tidak patut dilakukan oleh mereka sebagai ibu bapa. Pendek kata ibu bapa perlukan maklumat secukupnya selain panduan dan nasihat. Tetapi satu perkara yang perlu diingat ialah kita bukan mengajar mereka. Katakan kepada mereka bahawa kita ingin berkongsi pandangan dan pengalaman. Dengan cara itu perbincangan yang lebih harmoni akan berlaku. Apabila ibu bapa datang ke sekolah dalam keadaan marah-marah, adalah menjadi tanggungjawab guru yang menerima kehadiran mereka menenangkan mereka. Jangan terus bertanya apa masalah mereka. Masalah di depan mata (mengurus kemarahan) harus ditangani terlebih dahulu. Ayat yang paling tidak sesuai apabila berhadapan dengan orang yang sedang marah ialah “janganlah marah-marah” atau “kenapa marah?”. Bukankah kita sudah tahu dia dalam keadaan marah? Jangan berbincang, apatah lagi mengambil keputusan dalam keadaan marah: sama ada ibu bapa yang marah atau guru yang marah. Jika mereka datang tanpa salam, hulurkan tangan kita sambil mengucapkan salam. Suruh mereka duduk dahulu. Jika kantin masih buka, ajak mereka ke kantin. Berbual-bual tentang perkara lain dahulu sehingga kemarahan itu hilang. Jika semua kemarahan sudah hilang, barulah mulakan perbincangan.


















3 users commented in " Mengurus Kemarahan Ibu Bapa "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
saya tak berpuas hati.
sepatutnyer,ade rase hormat antara student dan pengawal keselamatan. adek saye komplen yang pengawal keselamatan sergah die bile die x isik buku kedatangan lambat sedangkan adek saye x penah lambat. plus,adek saye student bawu.
marah oke.
When a student I, like many other youngsters, got much debt due to student loans, couldn’t pay them off for 5 years and my credit score was so low I couldn’t afford to buy a house. But in the net I found a good site and learned how to rebuild my credit and manage credit wisely. To increase my score I applied for a secured card at
card ge master money platinum
0g3XRFYarK
Hello! I’m a single mom of 2 children and have mediocre credit. I learned that my credit rating is called fair and I need some time to get a good score. For that I applied and now use 2 credit card and stick to the payment schedule. I’m glad to see my credit boost since I got the idea of this at
apply chevron usa credit card
Sf2pKMdiDv
Leave A Reply