Dalam keadaan biasa termasuk mengajar saya suka jika kasut saya sedikit longgar. Tetapi apabila saya dijemput untuk menyampaikan ceramah, ucapan, menjadi pengerusi/pengacara majlis atau terlibat dalam pertandingan pidato/bahas, saya akan memilih kasut yang bertali.
Dan menjadi kebiasaan saya untuk mempastikan agar kasut saya dikat dengan kejap sehingga terasa yang kaki saya tercengkam rapat di dalam kasut itu. Saya akan cuba berjalan berulang alik beberapa kali sebelum menaiki pentas untuk memastikan sama ada kaki saya benar-benar sepenuhnya mantap memijak lantai atau tanah.
Saya tidak akan membiarkan kaki saya longgar dalam kasut sewaktu menyampaikan ucapan/ceramah. Mungkin lain orang lain caranya. Tetapi inilah cara yang saya gunakan untuk mendapat keyakinan penuh sewaktu menyampaikan sesuatu ucapan/syarahan.
GuruBashid

















1 user commented in " Ikat Kasut Dengan Kejap Sebelum Berucap "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSalam hormat dari saya.
Maaf, cikgu.
Saya minta izin untuk menumpang tulis ya.
Saya bukanlah seorang guru, tetapi saya tertarik dengan post ini.
Adakah post ini mengandungi mesej tertentu? Kerana tatkala membacanya terlintas di fikiran saya bahawa kita mesti memperkemaskan peribadi dan membulatkan tekad sebelum melaksanakan sesuatu tugas?
Leave A Reply