PERSEDIAAN menghadapi peperiksaan seperti sebuah pendakian ke puncak gunung. Jika anda melakukannya pada awal tahun, pendakian itu lebih mudah buat anda. Lerengnya yang tidak curam menyebabkan anda berasa lebih selesa dan tidak mudah penat. Anda tentu berasa yakin yang anda akan mencapai puncak dalam pendakian itu.Persediaan di pertengahan tahun menjadikan pendakian anda lebih sulit. Lereng gunung semakin curam.Anda masih masih boleh mendaki, tetapi agak memenatkan. Persediaan pada akhir tahun atau pada saat-saat terakhir menjadikan pendakian menjadi sangat sulit (sukar) kerana gunung sangat curam, dan jika tersilap langkah anda akan terjatuh. Apabila jatuh agak sukar untuk bangun kembali. Peperiksaan PMR akan bermula Isnin ini. Alangkah bahagianya calon-calon yang telah membuat persiapan rapi dan memperlengkap diri dengan pelbagai persiapan  sejak awal lagi. Bagi yang lain-lainnya, mahu atau tidak peperiksaan tetap akan tiba. Anda tidak boleh lari darinya. Hadapi kenyataan bahawa peperiksaan satu instrumen untuk menguji kita-menguji tentang pemahaman kita terhadap sesuatu mata pelajaran. Tidak ada alat menguji yang terbaik setakat ini selain peperiksaan. Semua orang pasti akan menghadapi ujian. Jika tidak diuji dalam peperiksaan, manusia memang diuji oleh Allah S.W.T. Selamat menghadapi ujian.