1)Jika debat menjadi pilihan biarlah hanya untuk acara, tetapi bukan cara untuk menyelesaikan masalah-masalah kita. Untuk menyelesaikan masalah ada pilihan yang lebih baik selain debat. Mungkin penyelidikan dan mungkin juga perundingan.
2)Debat adalah tahap kebolehan berkomunikasi tertinggi yang sesuai bagi mereka yang sudah petah bercakap/berhujah. Jika anda belum pernah menjadi pengacara majlis, atau berucap di khalayak anda mungkin calon yang tidak sesuai untuk berdebat.Berdebat melibatkan perbahasan isu secara spontan. Selain kebolehan berbahasa yang tinggi, debat juga menguji pengetahuan am dan maklumat semasa yang anda miliki.
3)Walau bagaimana besar dan panas isu yang anda utarakan, namun ada sesuatu yang berupaya mengatasi semua itu, iaitu kemampuan anda memanipulasi isu dan menyakinkan (to convince) penonton/pendengar/pembaca dengan hujah-hujah anda.Jika anda tidak dapat menunjukkan sesuatu itu betul, memadai jika anda dapat menimbulkan sebanyak mungkin keraguan yang munasabah.
4)Atas alasan-alasan di atas saya berpendapat perdebatan maya sempena proses pemilihan yang akan datang di mana calon-calon yang menawarkan diri di peringkat pusat akan berdebat berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan dasar dan hala tuju Pemuda di dalam internet sebagai wajar dan patut disokong.
Hakcipta Abd Bashid Harun

















1 user commented in " Debat Maya Patut Disokong "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackDebat Maya memang tak sesuai langsung, debat mesti depan-depan. baru lah khalayak dapat menilai dengan cepat dan pantas kebolehan masing-masing.
Leave A Reply