1 Selagi ramai orang dapat melihat perbezaan antara BN dan Pakatan Pembangkang , UMNO dengan PAS, MCA, Gerakan dan MIC dengan DAP harapan untuk BN memerintah pusat dalam PRU ke-13 masih cerah.Yang membimbangkan ialah apabila ramai orang yang berkata semua parti adalah sama sahaja.
2 Isu video seks yang dipercayai melibatkan pemimpin utama sebuah parti pembangkang telah dibuka sebelum tamat kes liwat Anwar di mahkamah. Disebabkan ia telah pun dibawa ke gelanggang permainan, terlalu sulit untuk menamatkannya. Justeru siapa yang akan memenangi permainan ini, sama ada BN atau Pakatan adalah bergantung kepada siapa yang lebih cekap “bermain dengan permainan ini”.
3 Sayugia diingat kebanyakan permainan dalam politik ialah mengenai seseorang tetapi yang akan bertanding dalam PRU akan datang ialah antara Pakatan dan BN.Jangan keghairahan kita memanah individu yang berteduh di bawah pohon, kita membiarkan pohon tempat berlindung itu terus tegak berdiri.
4 DAP berasa mereka kuat sebab ada sokongan orang Melayu di dalam Pakatan. PAS berasa mereka kuat sebab ada sokongan Cina dalam DAP. PKR berasa kuat kerana ada PAS dan DAP.Sama ada Anwar ada atau tidak ia sama sahaja bagi mereka.
5 Penyokong dan ahli parti dalam BN akan melihat peluang yang didapati oleh penyokong dan ahli dalam parti pembangkang, berbanding dengan peluang yang mereka perolehi. Contoh adakah peniaga daripada parti pembangkang lebih banyak peluang dan lebih beruntung daripada peniaga yang menjadi ahli parti BN? Adakah kakitangan awam yang menyokong pembangkang lebih banyak mendapat peluang daripada kakitangan kerajaan yang bermati-matian menyokong BN?
Catatan Abd Bashid Harun











No user commented in " Beberapa Petunjuk "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply