1 Pada 17 Januari yang lalu saya telah menimbulkan beberapa persoalan tentang novel Kembara Amira(LIHAT ARTIKEL BERKAITAN) dan pada hari ini saya berkesempatan bertemu dengan penulisnya sendiri dalam siri diskusi dan soal jawab Novel Kembara Amira yang diadakan di SSL Traders Hotel, Kamunting Taiping.
2 Saya tidak termasuk dalam senarai peserta yang hadir, namun saya mengambil kesempatan untuk datang pada sebelah petangnya bagi mendengar sendiri penerangan dan jawapan daripada pengarang novel bertemakan kasih sayang ini, iaitu Saudara Amer Hmzah L Kader.
3 Dalam sesi diskusi tersebut Saudara Amer Hmzah telah mengaku bahawa ada kesilapan yang perlu diperbetul dengan menambahkan kata tidak sebelum kata rosak dalam petikan berikut:Amira menyambung mobile disk ke komputernya dan menjerit kesukaan. Ternyata mobile disk itu rosak atau terjejas oleh kesan najis kelawar yang bertimbun di dalam gua itu(hal 236).
4 Ayat yang sepatutnya ialah Amira menyambung mobile disk ke komputernya dan menjerit kesukaan. Ternyata mobile disk itu tidak rosak atau terjejas oleh kesan najis kelawar yang bertimbun di dalam gua itu
5 Pada asalnya perkara 3 itu turut menjadi antara soalan yang akan saya kemukakan, tetapi belum sempat saya mengajukannya dalam sesi soal jawab beliau telah menjelaskannya lebih awal lagi iaitu semasa sesi diskusi lagi. Jadi tinggal dua soalan sahaja lagi yang patut saya tanyakan.
6 Soalan pertama berkaitan istilah cari gali yang digunakan oleh pengarang sedangkan istilah yang paling tepat untuk bidang arkeologi ialah gali cari.Beliau menyedari wujudnya kesilapan tersebut dan berjanji akan membetulkannya dalam cetakan kedua nanti.
7 Begitu juga beliau mengaku yang nama beliau sebenar ialah Amer Hmzah bukannya Amer Hamzah sebagaimana yang tertulis dalam bab Biodata pengarang.
8 Terima kasih kepada saudara Amer Hmzah L Kader atas penerangan beliau yang jelas dan penuh penghayatan.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Beberapa Persoalan Tentang Novel Kembara Amira Terjawab "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply