Jika anda memperkenalkan seseorang, aturan pertama yang wajar diikuti adalah orang yang pertama disebut adalah orang yang paling dihormati. 1)Perkenalkanlah yang muda kepada yang lebih tua.Contohnya, “Encik Mustafa, bolehkah saya memperkenalkan Encik Syahrul.”. 2)Perkenalkanlah individu yang berpangkat lebih rendah kepada individu yang berpangkat lebih tinggi.Contohnya, “Tuan Syafiq (Pengarah Syarikat), ini adalah Encik Adam(eksekutif muda),”. 3)Perkenalkanlah orang yang kurang terkenal kepada orang yang terkenal. Contohnya, “Puan Sri Halijah, ini saya perkenalkan Puan Maimun, pekerja baru syarikat ini,”. 4)Perkenalkanlah kawan-kawan anda kepada orang tua anda.Contohnya, “Emak, ayah, ini kawan sekuliah saya, Caroline.” 5)Perkenalkanlah AJK Masjid kepada Mufti atau Qadi dengan berkata, “Tuan, ini Haji Ruslan, imam Masjid ar-Rahim,”. 6)Jika dua orang sebaya dan hampir sama serta setaraf dalam semua faktor seperti pangkat, kedudukan dan lain-lain, tidaklah menjadi soal siapa yang akan disebut namanya terlebih dahulu. 7)Begitu juga jika anda memperkenalkan anggota yang sama jantina, faktor-faktor yang patut menjadi pedoman adalah usia, tingkatan atau gelaran yang menonjol. Sekali lagi orang yang lebih dihormati disebut dahulu.Seorang lelaki diperkenalkan kepada seorang wanita. Contohnya, “Puan Mariam, ini adalah Tuan Badrul,”. Pengecualian aturan ini berlaku apabila pegawai wanita yang diperkenalkan itu mempunyai pangkat atau kedudukan yang lebih rendah. Dalam keadaan seperti itu penghormatan ditunjukkan kepada pemimpin penting dalam institusi/syarikat/organisasi itu dengan menyebut namanya terlebih dahulu seperti, “Tuan Basyir, ini adalah pegawai kerani kita yang baru, Anisah Ibrahim.” Hakcipta Abd Bashid Harun

















No user commented in " Aturan Memperkenalkan Seseorang "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply