1. Sekarang semua orang mahu menunjukkan dia lebih berkuasa daripada yang lain-lain. Sehingga apa yang patut kerajaan buat dan tidak patut buat juga ditentukan oleh mereka. Mereka menentukan semuanya, bukan sahaja apa tetapi cara-caranya sekali.
2. Institusi tradisi seperti kerajaan, kesultanan dan mahkamah yang selama ini diberi amanah mengendalikan hal-hal yang berkaitan rakyat dan segala pertikaian antara mereka tidak lagi dianggap mempunyai kedudukan tersendiri, tetapi boleh dicabar menurut sekehendak hati.
3. Di sekolah pula pilihan atau keputusan oleh pengetua dan guru besar tidak lagi dianggap hak terakhir pengetua, sebaliknya turut terdedah kepada pertikaian. Sebagai contoh jika seseorang guru itu mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) mereka akan bertanya mengapa dia layak dapat dan mengapa saya tidak layak dapat.
4. Maka tugas Pengetua dan Guru Besar sekarang hampir pada setiap masa akan menyediakan jawapan demi jawapan sedangkan kumpulan yang satu lagi terus menerus mempertikai dengan mengemukakan alasan demi alasan. Seolah-olah tugasan Pengetua dan Guru Besar hanya untuk beberapa orang ini.Lebih mendukacitakan perbincangan ini tidak habis di Bilik Pengetua sahaja, tetapi melampaui kantin dan bilik guru.
5. Kelompok Blogger tertentu pula sebagai contoh ingin suara mereka lebih didengar daripada yang lain-lainnya dan mahu dilihat lebih penting dalam kedudukan sekarang. Mereka mahu kerajaan melihat mereka sahaja. Seolah-olah dalam dunia media ini hanya ada mereka.
6. Dalam situasi kerajaan dilihat lemah ada blogger seolah-olah mahu mengambil alih peranan dan tempat kerajaan dan menentukan sesuatu untuk kerajaan.
7. Fungsi asal blogger untuk membantu kerajaan melalui pandangan-pandangan positif dan konstruktif telah bertukar sebagai ancaman dan kutukan jika kerajaan tidak memenuhi harapan mereka.Mereka mahu dilihat sebagai pendokong kerajaan, tetapi itu ketika pendapat mereka diambil kira. Sebaliknya apabila pedapat mereka tidak diambil kira mereka melayan kerajaan seperti musuh-musuh mereka. Dalam keadaan marah itu tindakan mereka sama atau hampir sama sahaja dengan bloger-bloger yang anti kerajaan.
8. Malahan ada blogger yang lebih berani memuja diri sendiri. Jika secara kebetulan ada pandangan mereka didengar dan dipraktikkan oleh kerajaan, blogger itu pun mendakwa betapa benarnya pandangan beliau hinggakan kerajaan akur.
9. Jika ada sesuatu yang kerajaan buat mereka kata pandangan mereka didengar, sebaliknya jika ada pandangan mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan, mereka mengatakan kerajaan tidak mengambil kira pandangan media alternatif ini.
10. Begitu juga halnya dengan Majlis Peguam yang ditegur oleh TPM. Majlis Peguam mahu melimpasi garis sempadan kuasa mereka sehingga menentukan apa yang patut Suhakam buat dan tidak buat sedangkan Suhakam merupakan sebuah badan bebas yang tidak terikat dan diikat oleh mana-mana pihak.
11. Nampaknya sekarang ini semua orang mahu membuat keputusan, bukan hanya memberikan pandangan dan pendapat. Selain keputusan yang dibuat oleh kerajaan, mahkamah dan Sultan pihak-pihak ini turut menyediakan keputusan-keputusan mereka sendiri.
12. Dan mereka menjaja keputusan-keputusan mereka sebagai betul dan menganggap kerajaan, Sultan dan mahkamah telah salah dalam membuat keputusan.
13. Saya tidak menganggap trend yang berlaku akhir-akhir ini sebagai main-main tetapi sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan.
14. Setiap orang mesti tahu setakat mana bidang kuasa mereka dan batasan kebebsan yang dibenarkan. Kebebasan menulis dan berkata yang tidak dibatasi dengan aturan-aturan dan batasan tertentu hanya akan menjadikan keadaan sedia ada menjadi lebih kusut.
15. Adakah ini demokrasi yang dikehendaki di mana setiap orang mahu melakukan sesuatu yang di luar daripada bidang tugas mereka. Atau lebih tepat lagi mereka mahu melampaui daripada apa yang sepatutnya mereka lakukan.
16. Jika semua orang mahu menunjukkan mereka lebih berkuasa dan lebih pandai daripada pihak pihak tertentu seperti kerajaan,sultan, perlembagaan, undang-undang, mahkamah dan lain-lain, apakah makna keuwujudan semua institusi dan segmen tersebut.
Hakcipta Abd Bashid Harun











3 users commented in " Apabila Semua Orang Ingin Membuat Keputusan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSangat bersetuju dgn saudara. Kesan dari “rasa diri sangat hebat” dan “beraja dihati” ramai orang ingat dia “raja” dan melantik diri sendiri membuat keputusan utk raja, pemimpin,mahkamah, gurubesar dan memaksa katanya dipatuhi orang lain. Tak sedar diri sendiri sangat “miskin” ilmunya, kurang budibahasanya, zero keikhlasannya dan sangat Tamak dan haloba pada kuasa orang yang punya.
Akibatnya, murid tak hormat guru, anak tak patuh ibubapa, tidak hormat jiran, tidak sayang sahabat handai, benci keluarga. Semua salah yang betul aku sahaja…
Takut sangat digolongkan dalam golongan “Bodoh Sombong”.
Mintak dijauhkan.
Terima kasih Cikgu Bashid link-kan blog sy.
Jaga diri.
Salam Sejahtera Cikgu,
Perlu disedari bahawa inilah kesan post-modern di mana pemikiran dan nilai sudah jauh dari ikatan fuedal dan kolonialisme.
Undang-undang tetap diperlukan dan mestilah dilihat dapat memberikan keadilan. Bagaimana keadilan dapat dilihat? Jawab kebijaksanaan dan ketelusan akal budi.
Nilai lama begitu terikat dengan nilai-nilai seperti ketuanan (raja dan melayu), demokrasi terpimpin, pemikiran simplistik (asal hidup senang tak kacau orang sudah ok) dan tidak mahu terlibat dengan persaingan.
Nilai baru lebih kepada ketelusan, prinsip kesamaan, keadilan hukum, kesediaan bersaing dan mampu berdepan risiko pensejagatan.
Berlaku kegusaran di kalangan pemegang nilai lama dan cara paling mudah ialah memarahi anak muda atau pemegang nilai baru. Ini perlu dikaji mendalam agar tidak terusan berada dalam kekaburan yang tidak mendatang faedah. Sekian.
Leave A Reply