1 Idea “1Melayu 1Bumi” itu keterlaluan.Dari sejak UMNO ditubuhkan oleh pengasasnya Dato’ Onn tidak pernah idea semacam itu ditimbulkan. Walhal pada waktu itu Melayu menjadi majoriti dan sangat kuat semangat ke-Melayuannya.

2 Sekarang apabila semangat ke-Malaysiaan itu telah lama wujud dan semakin menyebati dalam diri rakyat Malaysia melalui pendekatan perpaduan dan setiakawan mengikut formula Barisan Nasional (BN) dan disimpul kejap dalam semangat 1Malaysia gagasan YAB Perdana Menteri, ada pula suara yang menentang arus seperti ini.Sangat menyeramkan.

3 Saya tahu idea ini dikeluarkan oleh orang yang marah setelah melihat beberapa keadaan yang berlaku di negara ini tidak seperti yang didambakan. Tetapi keputusan orang marah tidak terpakai.Sebab itu kita tidak boleh buat keputusan ketika kita marah.

4 Jika kita pakai juga keputusan seperti ini bukan kita seorang yang akan marah, malahan lebih ramai lagi yang akan marah. Marah akan disimbah dengan kemarahan. Api disimbah dengan api. Semakin marak dan menjulang tinggi. Akhirnya semua yang telah kita usahakan selama ini akan musnah.

5 Idea ini sangat tidak sesuai di Malaysia yang para pemimpinnya telah lama mengambil usaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan semangat perpaduan antara kaum. Langkah seperti ini mundur ke belakang. Malahan amat bahaya untuk masyarakat majmuk dan kompleks seperti di negara ini. Ia ibarat menyediakan bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa.

6 Ia mungkin baik untuk negara China dan Jepun. Tetapi bukan untuk bumi Malaysia. Inilah idea yang telah menimbulkan kecurigaan berpanjangan antara orang Palestine ke atas orang Israel dan orang Israel ke atas orang Palestine. Sehingga hari ini tidak pernah wujud kepercayaan antara dua bangsa itu bahawa mereka telah ditakdirkan menghuni di bumi yang sama. Kita jangan buat gempak dengan idea seperti ini sebab idea seperti inilah yang pernah digunakan oleh “individu berniat jahat” sebelum negara Israel itu wujud.

7 Yang berniat baik itu anda, tetapi di Malaysia yang berniat jahat itu lebih daripada seorang dan jauh lebih terancang.Tidak cukup jika anda hanya ada niat baik sahaja jika anda mahu tinggal aman di Malaysia. Pendekatan dan usaha anda pun kena betul juga dan mesti disesuaikan dengan acuan Malaysia.Kerana ada orang yang berniat jahat, merekalah nanti yang akan memanipulasi idea ini untuk kepentingan mereka. Inilah dinamakan bijaksana atau fatanah yang menjadi salah satu sifat Nabi Muhammad.

8 Alhamdulillah, di Malaysia kita tidak kurang orang yang seperti ini. Sekalipun kita ada orang jahat yang muncul pada setiap zaman, tetapi disebabkan ada orang yang bijaksana seperti ini, negara kita tepelihara dan akhirnya rakyat pelbagai kaum dapat hidup dengan aman dan tenteram. Individu itulah yang namanya Dato’ Onn, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Husin Onn, Tun Dr Ismail, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah, Dato’ Asri dan Dato’ Seri Mohd Najib.

9 Cuma kadang-kadang orang jahat yang ada di Malaysia memperkukuhkan rancangan mereka melalui kerja buat mereka yang cukup rapi termasuk memanggil para syaitan,jin, yahudi, nasara dan ahli majis bijak pandai mereka dari seluruh dunia untuk membantu mereka. Dengan kehebatan luaran yang wujud pada diri dan agenda mereka itulah yang kadang-kadang mereka dilihat cukup hebat pada mata kasar. Tetapi saya percaya pada setiap masa di Malaysia ini ada orang yang bijaksana diturunkan Tuhan untuk menghadapi individu atau individu-individu jahat ini. Dalam saat-saat kita tidak boleh memutuskan bagi sesetengah urusan, maka serahkanlah urusan itu kepada yang ahlinya kerana yang ahli itulah yang ada kebijaksanaan.

10 Semoga Allah memberikan kekuatan kepada DS Najib dan para pemimpin negara ini untuk berhadapan dengan semua kemelut ini. Sesungguhnya ujian yang diletakkan ke atas bahu para pemimpin ini tidak akan melebihi daripada tahap kemampuan mereka menerimanya. Itullah janji Tuhan ke atas mereka yang ikhlas dan beristiqamah dalam perjuangan ini. Amin ya rabbal ‘alamin.

Hakcipta Abd Bashid Harun