” Sesungguhnya sekarang saatnya yang kukhuatiri benar-benar berlaku di mana orang ramai akan sibuk menjaga urusan para pemimpin dan ketua-ketua mereka daripada menjaga urusan diri dan keluarga/ahli mereka sendiri. Guru-guru menjaga urusan pengetua/guru besarnya, pekerja menjaga urusan majikannya, anak-anak menjaga urusan ibu bapanya, ibu bapa pula menjaga urusan guru-guru, ahli-ahli qariah menjaga urusan imamnya, ahli-ahli menjaga urusan ketuanya dan rakyat menjaga urusan pemimpinnya. Suatu keadaan yang amat bertentangan dengan firman Allah dalam Surah at-Tahrim ayat 6, yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, peliharakanlah diri kamu dan ahli kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu…”. Kelompok ini bertindak secara gerombolan dengan mendesak apa sahaja yang mereka mahu dan tidak mahu ke atas para pemimpin dan penguasa mereka. Urus tadbir negara dan bagaimana negara ini wajar diperintah seolah-olah dalam kepala mereka sampai apa yang harus dikata, apa yang harus dibuat dan siapa yang harus dipilih pun mereka yang menentukannya. Bilangan mereka ini tidaklah ramai, tetapi mereka ini berlagak seperti orang yang sangat berkuasa. Mereka lari daripada tanggungjawab sebenar mereka dengan membiarkan perkara pokok lalu beralih kepada perkara cabang. Mereka membiarkan ahli dan keluarga mereka bertindak sesuka hati sedangkan diri mereka sendiri tidak menjadi lebih baik daripada kata-kata mereka. Kata-kata dan tulisan mereka tidak sedikit pun mengubah perangai buruk mereka dan orang ramai pula membiarkan keadaan ini berlaku sebab mereka sendiri tidak mempunyai pemimpin yang kuat untuk menjelaskan semua kekeliruan itu,” GuruBashid











1 user commented in " Ajaran GuruBashid Ke-10 "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSelamat Tahun Baru Cina. Moga-moga blog Cikgu terus berjaya mendidik rakyat untuk maju ke depan dalam sikap dan tindakan.
Leave A Reply