” UMNO tetap tidak akan berubah”. Berhati-hatilah mengeluarkan ucapan atau tulisan sedemikian, takut-takut terkeluar daripada aqidah. Ungkapan itu berbau kesombongan seolah-olah perubahan itu di tangan kita-manusia. Sebagai seorang muslim mukmin kita hendaklah meyakini tanpa sedikit pun syak dan dzan bahawa sesiapa sahaja atau apa-apa sahaja makhluk ciptaan Allah semuanya bersifat baharu. Yang sifatnya baharu itu tertakluk kepada perubahan, sedikit atau banyak, sekarang atau akan datang. Apatah lagi UMNO yang merupakan “makhluk” ciptaan manusia dan merupakan benda yang baharu sifatnya. Maka UMNO seperti juga PAS tidak terkecuali daripada mengalami perubahan. Insya-Allah di Bukit Gantang perubahan itu akan berlaku di mana tempat PAS akan diambilalih oleh UMNO. Tidak mustahil, sebab UMNO itu baharu. Dan bukankah Tuhan kita serupa sahaja. Tuhan yang memenangkan kita atau menjatuhkan kita itulah Allah yang satu. Tuhan itulah yang menentukan bahawa Nizar pernah berada di kerusi nombor 1 dan sekarang Dia jugalah yang menurunkan Nizar sehingga ke bawah pohon itu. Yakinlah itu. Jika kita meyakini itu, kita tak kan berkeluh kesah dan menyalahkan si polan atau si anu ,” GuruBashid











No user commented in " Ajaran GuruBashid Ke-12 "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply