Organisasi politik adalah organisasi yang berkaitan dengan kuasa politik dan tidak berkaitan dengan struktur dan rasionalnya. Kuasa politik biasanya diamalkan di dalam organisasi tradisional tetapi pada setengah-setengah masa, pengaruh kuasa berkembang kuat sehingga mewujudkan gabungannya yang tersendiri.

Hakikatnya kuasa politik ini akan menawan sistem organisasi itu dan mengawal semua proses dan fungsi organisasi. Dalam keadaan begini, kuasa politik telah dipraktikkan secara berleluasa. Tidak ada bahagian-bahagian komponen lain yang dominan lagi dalam organisasi. Tidak ada sistem pengagihan kuasa dan semuanya bergantung kepada kuasa yang tidak formal iaitu kuasa politik.

Kuasa pemusatan ini mengawal semua tingkah laku organisasi, keputusan individu dan struktur formal organisasi tidak dipentingkan lagi. Runding cara, pembentukan gabungan secara tidak formal antara guru dan pentadbir serta permainan politik merupakan peranan-peranan yang dimainkan dalam organisasi jenis politik.

Kewujudan konflik memang tinggi dalam organisasi politik. Dengan itu, ahli-ahli organisasi terpaksa mengadakan runding cara dan pembentukan gabungan untuk menghadapi tekanan yang dilakukan yang dikenakan oleh pihak lain.

Organisasi politik adalah corak organisasi yang tidak sesuai untuk sekolah kerana corak kuasa menghalang pengajaran dan pembelajaran.Terlalu banyak tenaga dan aktiviti dipesong kepada memain permainan politik, runding cara dan bersubahat dalam pelaksanaan tugas.

Pengajaran dan pembelajaran menjadi pemilihan yang kurang penting, sekolah akan dipenuhi dengan aktiviti politik dan akhirnya menjadikan sekolah betul-betulorganisasi politik. Walau bagaimana pun, organisasi sekolah berstruktur politik biasanya tidak dapat bertahan lama kerana ketidakcekapannya.

Hakcipta Abd Bashid Harun