Ahli-ahli penyelidik mempersoalkan tanggapan yang menghubungkaitkan antara struktur organisasi dengan pencapaian matlamat organisasi. Terrence E.Deal & Lynn E.Celotti (1980) berhujah bahawa organisasi formal dan pentadbirannya tidak ada kesan yang signifikan terhadap pengajaran di bilik darjah.

Karl E. Weick (1976) dan Howard E.Aidrich (1979) berpendapat bahawa pertalian antara elemen atau subsistem dalam organisasi berada dalam keadaan longgar. Dengan tu, institusi pendidikan adalah sebuah organisasi yang berada dalam keadaan longgar. Dengan itu institusi pendidikan adalah satu organisasi berbentuk “loose coupling”.

Sehingga kini, sekolah masih dianggap sebagai sebuah organisasi yang kabur dari segi matlamat dan kekurangan dari segi aplikasi teknologi, penyertaan yang lemah, kawalan yang longgar terhadap pelaksanaan tugas, tidak ada penyelarasan dalam aktiviti, longgar hubungan antara elemen dan struktur organisasi hanya mempunyai sedikit kesan terhadap produk.Tanda-tanda ini menyebabkan sekolah dikategorikan sebagai sebuah organisasi longgar kupling.

Profesional ekonomi memang wujud di sekolah. Guru-guru bekerja seorang diri dalam bilik darjah, tanpa dicerap oleh rakan sejawat dan pentadbir serta mempunyai kebebasan bertindak ke atas pelajar mengikut pertimbangan sendiri. Dengan itu wujudlah struktur yang longgar di sekolah dan pada masa yang sama, struktur yang longgar juga wujud antara sekolah dalam sistem pendidikan. Pentadbir dan guru-guru di setiap sekolah menikmati kuasa bebas bertindak terhadap kurikulum, cara pengajaran dan pembelajaran.

Di samping menikmati kebebasan ini, sekolah pula diminta menghasilkan pelajar yang standard; semua pelajar ikut proses naik tingkatan secara automatik;setiap pelajar perlu melalui tempoh persekolahan yang sama dan masa persekolahan yang tetap.Ini merupakan ciri-ciri asas dalam birokrasi.Oleh itu Bidwell (1965) menganggap sekolah sebagai gabungan struktur birokrasi dan longgar kupling.

Hakcipta Abd Bashid Harun