Murid-murid memanggil anda cikgu.Tetapi dalam menyampaikan dan memahamkan sesuatu subjek kepada murid-murid, anda adalah gurunya.Ya anda bukan sekadar guru dari segi profesion,tetapi anda adalah guru kepada subjek yang diajar.Sebagai guru anda mesti bersedia untuk dirujuk oleh murid-murid anda. Anda adalah sumber rujukan yang hidup dan bergerak. Sebagai sumber rujukan, guru patut mempunyai pengetahuan yang melebihi daripada paras biasa dan sentiasa diberi nilai tambah. Memiliki pengetahuan sekadar cukup makan tidak memadai untuk berdepan dengan murid-murid dalam era ICT dan dunia tanpa sempadan. Murid-murid yang lebih terdedah kepada dunia ICT dan media sentiasa mempunyai maklumat terkini yang kadang-kadang tidak mampu dijangka oleh para guru. Jadi jangan cuba memandang rendah murid-murid sekarang dari segi pengetahuan semasa yang mereka miliki.Atas alasan itu, guru tiada pilihan lain selain bertindak lebih pantas daripada murid-muridnya dan cepat-cepat mengambil peluang daripada perkembangan dunia ICT yang berubah secara drastik dan fantastik. Alasan tidak mengetahui komputer, melayari internet, menggunakan email dan sebagainya tidak wajar lagi didengar daripada guru-guru muda.Malahan saya suka mencadangkan agar setiap guru patut mempunyai laman atau blognya sendiri yang boleh diakses oleh murid-muridnya pada bila-bila masa. Melalui laman tersebut, guru boleh mencurahkan pandangannya serta memotivasikan murid-muridnya.Melalui laman itu juga dia berupaya berkomunikasi dengan murid-muridnya dengan menjawab segala persoalan yang diajukan kepadanya. Hakcipta GuruBashid

















1 user commented in " Menjadi Guru Kepada Murid-Muridnya "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackBenar tu. Guru sebaik-baiknya mempunyai laman web mereka sendiri.Paling kurang seperti blogspot yang boleh dibuat secara percuma.Blog atau laman web itu umpama penghubung guru-murid-guru.Malah jika murid-muridnya mempunyai laman web/blog sendiri tentu lebih baik lagi. Pada masa cuti atau di luar masa persekolahan rasmi, guru masih boleh membantu pelajar-pelajarnya melalui blognya.
Leave A Reply