” Kita bangun setelah kita jatuh, ” jelas pengetua saya En Mohd Harithuddin Satari. Beliau juga pernah jatuh.
Kejatuhan memberi peluang kepada seseorang untuk mengumpul segala kekuatan dan menyusun langkah baru untuk bangkit semula. Sebab itu ada orang yang berupaya menjadi lebih hebat berbanding sebelum kejatuhannya.
Dalam satu pertemuan di pejabat beliau, Pegawai Pelajaran Daerah, Larut Matang dan Selama, Tuan Haji Mat Lazim melontar idea kepada saya sewaktu beliau mengulas artikel saya mengenai surat layang. KLIK DI SINI
Beliau bersetuju dengan saya bahawa surat layang mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Namun menurut beliau alangkah baiknya jika seseorang yang gemar menulis surat layang menukarkannya kepada surat aduan. Menurutnya surat aduan jauh lebih bertanggungjawab dan beradab sebab penulis surat aduan akan menulis namanya.
Ya ada benar juga idea tuan PPD tersebut sebab seseorang itu patut berani mempertahankan apa yang ditulis dan kebenaran tulisannya. Tetapi berapa ramai yang berani melakukannya dan memulakan budaya yang lebih bertanggungjawab itu?
En Azraie, Timbalan PPD yang kebetulan ada sama di situ pula menegur sikap sesetengah guru yang tidak gemar jika sekolahnya dibandingkan dengan sekolah yang lebih hebat atau lebih baik.
Biasanya alasan yang mereka berikan perbandingan itu tidak adil. Mana boleh sekolah saya dibandingkan dengan sekolah A? ” Bukankah sekolah A memang mempunyai pelajarnya yang terpilih? ” soal mereka.
Menurut beliau kalau kita mahu membuat perbandingan tentunya kita akan membuat perbandingan dengan sesuatu yang lebih hebat atau lebih berjaya.
Jika kita hanya mahu membuat perbandingan yang hampir sama dengan kita atau yang lebih buruk tentu kita tidak akan mendapat sesuatu yang berguna atau lebih baik.
Jadi, tentu tidak ada salahnya jika kita membandingkan sekolah kita dengan sekolah yang jauh lebih cemerlang sebab dengan cara itu sahaja kita dapat membuat penanda arasan dan mempelajari sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kecemerlangan sekolah kita.
GuruBashid















1 user commented in " Mempelajari Sesuatu Daripada Idea Yang Dilontar "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackblh sy dptkn mklmt mengenai kebaikan blog terhadap pendidikan dan juga kemahiran guru?
GuruBashid:
Ya tentu boleh kita fikirkan sama-sama apa kebaikan blog terhadap pendidikan dan kemahiran guru.Mungkin jaja ada pandangan dan kita mulakannya dari situ.
Leave A Reply