Visi MKT

MKT Memimpin Kelas Terurus

Misi MKT

Suasana fizikal kelas yang bersih, ceria, selamat, bermaklumat dan kondusif yang menggalakkan pembelajaran hanya akan tercapai melalui pengurusan dan kepimpinan ketua kelas dan penolong ketua kelas yang berkesan

Moto MKT: Dari Kelas Untuk Sekolah

Skop MKT
Berdasarkan visi dan misi di atas MKT hanya boleh menentukan dan mempengaruhi suasana fizikal kelas dalam lima aspek, iaitu 1)kelas yang bersih 2) kelas yang ceria 3) kelas yang selamat 4) kelas yang kondusif 5) kelas bermaklumat untuk membantu peningkatan iklim pembelajaran di dalam kelas. Namun MKT tidak berkuasa dan berupaya mempengaruhi satu lagi faktor utama iaitu aspek pengajaran guru itu sendiri.

Sempadan MKT

Dalam menjalankan fungsinya sebagai Ketua Kelas mahupun Penolong Ketua Kelas peranan yang dijalankannya tidak melebihi garisan sempadan kelasnya turut meliputi koridor, kecualilah dalam melaksanakan program dan aktiviti MKT.

Yang Tidak Dicakup Oleh MKT

Namun MKT tidak berkuasa dan berupaya mengawal satu lagi faktor utama iaitu aspek pengajaran guru itu sendiri. Begitu juga MKT tidak diberi apa-apa kuasa untuk menjalankan tindakan menghukum, menentukan polisi kelas atau sekolah serta pertukaran murid antara kelas. Selain itu MKT tidak dibenarkan melakukan apa-apa bentuk tekanan ke atas pihak sekolah atau membuat apa-apa tuntutan dan bayaran kecuali yang dibenarkan dan atas kebenaran.

5 Model Kawalan Disiplin Bilik Darjah

1 Model Kounin
Menyediakan cabaran baru kepada murid-murid di dalam kelas

2 Model Canter & Canter
Peraturan Bilik Darjah yang jelas

3 Model Neo-Skinner
Sistem ekonomi ‘token’ atau berasaskan ganjaran

4 Model Dreikurs
Penglibatan murid di dalam kelas secara lebih aktif

5 Model Gordon
Menyediakan persekitaran kelas yang kondusif

Hakcipta Abd Bashid Harun
PK HEM SMK Kamunting