1 Projek Serah yang telah pun dilaksanakan pada sesi persekolahan 2010 dan terpaksa ditiadakan pada tahun 2011 atas kekangan tertentu akan dilaksanakan semula pada sesi persekolahan 2012 di SMK Kamunting yang bakal melibatkan lebih daripada 300 ibu, bapa atau penjaga kepada murid Tingkatan 1 dan Peralihan.
2 YB Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Haji Abdul Khalid, DPCM, AMP, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sains dan Teknologi yang juga Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN)mKawasan Kamunting, insya-Allah akan menyampaikan ucapan dan amanat beliau pada majlis tesebut.
3 Projek yang penulis perkenalkan di SMK Simpang pada tahun 2002 iaitu semasa menjadi penuntut NPQH di IAB kampus Induk masih berterusan sehingga kini.
4 Projek tersebut turut mendapat restu dan difahami agenda tersembunyi di sebaliknya oleh Pengetua SMK Kamunting, Tuan Haji Mohd Harithuddin bin Satari.
5 Pada waktu pojek ini diperkenalkan di SMK Simpang, Pengetua sekarang merupakan PK HEM di SMK Simpang dan Tuan Haji Othman sebagai Pengetuanya.
6 Insya-Allah Projek Serah akan dijenamakan semula dan diberi wajah baru dengan nama AKU SERAH bermula sesi persekolahan tahun hadapan.
7 Projek Serah yang akan dikenali selepas ini sebagai AKU SERAH merupakan satu program penyerahan anak-anak secara rasmi oleh ibu, bapa atau penjaga kepada guru-guru kelas yang lengkap dengan lafaz ijab di pihak ibu, bapa atau penjaga dan lafaz qabul di pihak guru serta disaksikan oleh wakil kedua-dua pihak yang terlibat.
8 Program ini melibatkan upacara ijab dan qabul. Ijab di pihak ibu, bapa atau penjaga itu dinamakan Aku Serah sementara qabul di pihak guru kelas dinamakan Aku Terima.
9 Kedua-dua pihak perlu menurunkan tandatangan masing-masing di atas sekeping borang khas, diikuti lafaz Ikrar Aku Serah oleh ibu, bapa atau penjaga dan lafaz Ikrar Aku Terima oleh guru kelas.
10 Dalam Borang Aku Serah dan Ikrar Aku Serah itu, ibu, bapa atau penjaga kepada murid tersebut menyatakan secara jelas dan jujur bahawa mereka redha dan secara suka rela menyerahkan anak-anak di bawah jagaan mereka kepada guru untuk dididik,dibimbing,dijaga dan bersedia pula menerima apa jua tindakan terbaik oleh pihak Pengetua demi kebaikan anak-anak mereka termasuk hukuman yang bakal dikenakan yang tentunya tidak lari daripada peruntukan undang-undang KPM dan Peraturan Sekolah.
11 Sementara di pihak guru kelas pula mereka akan menandatangani Borang Aku Terima sejurus selepas mereka menerima Borang Aku Serah daripada ibu, bapa atau penjaga.
12 Guru-guru juga akan melafazkan Ikrar Aku Terima di hadapan ibu bapa yang hadir sebaik-baik sahaja selesai upacara melafazkan Ikrar Aku Serah oleh ibu bapa.Seperti juga halnya dengan guru-guru ibu, bapa atau penjaga akan melafazkan ikrar mereka di hadapan guru-guru.
13 Salah seorang guru dan seorang wakil ibu bapa yang hadir akan mengambil tanggungjawab untuk memimpin bacaan ikrar tersebut dan yang lain-lainnya mengikut. Biasanya guru diwakili oleh Penolong Kanan Petang (jika kelas Ting 1 dan Peralihan berjalan di sidang pagi) dan ibu, bapa atau penjaga murid pula diwakili oleh YDP PIBG atau wakilnya.
14 Semua yang hadir dalam majlis itu adalah saksi. Bagaimana pun hanya seorang saksi daripada kedua-dua belah pihak yang bakal menurunkan nama dan tandatangan mereka dalam Dokumen Aku Serah dan Aku Terima itu.
15 Selain untuk mewujudkan tanggungjawab pada tahap tertinggi oleh kedua-dua pihak dalam soal pendidikan anak-anak/murid-murid sebagai calon warga Malaysia pada masa akan datang, program Aku Serah ini juga bakal membentuk sikap positif ibu bapa kepada pihak sekolah dengan kesediaan membantu sekolah dalam apa jua cara yang faedahnya akan kembali kepada anak-anak mereka.
16 Aku Serah yang disusuli Aku Terima merupakan simbolik kepada kerjasama pintar antara kedua-dua pihak,iaitu ibu bapa dan sekolah.Ia menjadi lambang perkongsian bijak antara dua pihak tersebut yang hasil akhirnya ialah menang-menang, di mana kedua-dua pihak saling mendapat faedah masing-masing.
17 Jika tiada aral melintang, insya-Allah majlis tersebut akan berlangsung di Dewan Pejabat Perpaduan Kamunting pada 4 Januari 2012 bersamaan hari Rabu, jam 1.00 tengah hari. Pada hari yang sama anak-anak kepada ibu bapa atau penjaga yang terlibat akan diagihkan mengikut kelas masing-masing dan mengikuti P & P.
Catatan Abd Bashid Harun











No user commented in " AKU SERAH 2012 "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply