Memandangkan sekarang cuti panjang, saya mengambil kesempatan untuk melepak bersama rakan-rakan saya di Virtualfriends (Vf). Vf yang saya sertai sejak 2004 sekarang mempunyai keahlian seramai 102,370 orang. Bilangan ini cukup menggalakkan bagi sebuah laman forum kerana banyak laman forum di Malaysia bergerak dengan perlahan sekali dan ada yang hidup segan mati tak mahu. Di Vf seperti biasa saya  mengambil kesempatan meluahkan idea saya dalam pelbagai isu semasa terutama politik. Sekarang ini begitu hangat dengan topik Beza Pemerintah dan Pembangkang serta Gelombang Kuning. Selain segmen discussion, Vf juga menyediakan pelbagai segmen lagi untuk ahlinya meluahkan pandangan dan perasaan. Antaranya Discussion, Artikel, Announcement, Album, Chat dan banyak lagi. Segmen discussion dipecahkan kepada beberapa item antaranya Agama, Automotive, Arts, English, Current Issue, Experience dan lain-lain. Saya syorkan anda mendaftar sebagai ahli dalam forum ini. Anda boleh memilih sama ada untuk menjadi ahli percuma atau ahli berbayar. Saya sendiri adalah ahli premium dalam forum ini. Banyak fakta yang menarik dan berguna untuk dijadikan bahan P & P oleh para guru. Saya sendiri pernah menggunakannya untuk bahan P & P saya.