dari aksara ke sebuah rencana
asalnya aksara
lalu menjadi suku kata
beberapa suku kata membentuk kata
beberapa patah kata membentuk frasa
beberapa frasa membentuk klausa
klausa yang lengkap dengan subjek dan predikat
dan ada noktah di akhirnya dipanggil ayat
beberapa baris ayat menjadi para
beberapa para menjadi sebuah rencana
yang lengkap untuk dibaca
dan difahami maksudnya
asalnya simbol penuh makna
seperti bunga untuk wanita
kumbang pula untuk jejaka
juga pada warna
merah bermakna berani
putih pula bermakna suci
tetapi jangan sampai menjadi bendera putih
kerana maksudnya menyerah diri
atau menjadi gajah putih
hanya gah tetapi tak bererti
ciptaan a basit harun











No user commented in " Sajak Sempena Bulan Bahasa "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback