Pertama: Meluaskan Fungsi Kepimpinan
1 Semua pelajar sebenarnya berkebolehan menjadi pemimpin sebab semua orang ada potensi itu dan boleh digilap. Lebih ramai yang boleh memimpin lebih baik kepada pembentukan iklim sekolah
2 Sebab itu kita perlu melaksanakan strategi mempelbagaikan fungsi kepimpinan pengawas di sekolah melalui pembentukan dan pemantapan badan-badan kepimpinan lain di peringkat pelajar selain Lembaga Pengawas.
3 Lebih ramai pelajar yang didedahkan dengan kepimpinan adalah lebih baik. Contohnya memantapkan Majlis Ketua Tingkatan (MKT), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), menambah baik Pengawas SPBT, Pengawas Keceriaan, Pengawas Koperasi, pembentukan semula Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kantin dan Pengawas Perabot.
4 Bagi menyelaraskan semua bentuk kepimpinan di peringkat sekolah dan menyeragamkan semua aktivitinya agar lebih banyak masa, ruang dan tenaga dijimatkan adalah perlu dibentuk sebuah Majlis Kepimpinan Pengawas(MKP) yang dipengerusikan oleh PK HEM dan dinasihati oleh Pengetua. Semua Ketua bagi setiap fungsi kepimpinan tadi atau wakilnya boleh dilantik sebagai ahli dalam majlis tersebut.
5 Sebagai contoh Majlis Kepimpinan Pengawas ini boleh mengadakan laman sesawang mereka sendiri agar semua arahan, senarai aktiviti dan jadual program boleh dimuatkan dalam laman itu dan diakses dengan mudah tanpa berlakunya ketirisan maklumat sebagai ganti dokumen bercetak.
6 Setiap fungsi kepimpinan tadi boleh mewujudkan widgtes mereka sendiri dalam laman sesawang itu. Maksud saya jika ada 10 fungsi kepimpinan pengawas bererti terdapat sepuluh widgets yang dibuka untuk laman sesawang itu.
Kedua: Lebih Empowerment Kepada Pelajar
7 Tiada maknanya jika lebih banyak fungsi kepimpinan dibuka kepada ramai pelajar tanpa diiringi dengan perluasan empowerment dan pengagihan tugas kepada mereka. Jawatan yang kita berikan harus seimbang dengan kepercayaan yang kita berikan kepada mereka.
8 Lebih ramai pemimpin di peringkat pelajar diharapkan berupaya mengendalikan majlis dengan matlamat akhirnya semua majlis penting di peringkat sekolah diserahkan kepada pelajar (BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI).
9 Kepuasan sebenar seorang guru ialah apabila melihat murid-muridnya berjaya melakukan apa yang telah mereka pernah lakukan. Itulah kejayaan sebenar seorang guru, iaitu apabila ada murid yang berjaya mengikut jejaknya.
Ketiga: Mencapai Matlamat Sifar Dalam Aspek Yang Boleh Capai
10 Berpandukan situasi sebenar 2010, fokus 2011 wajar diberi kepada 4 aspek, iaitu (i) sifar ponteng kelas, (ii) sifar sampah di dalam kelas (iii) kelas tanpa tong sampah, (iv) sifar lewat (iv) sifar rokok
Keempat: Melahirkan Pelajar Berwatak
11 Penyuburan budaya Ilmu dalam kalangan pelajar melalui amalan bercakap apabila perlu; berani bertanya dan menjawab soalan; aktif memberikan pendapat; suka berbincang dan berdiskusi tentang perkara penting dan ilmiah bagi menggantikan situasi sekarang, di mana pelajar hanya berani dan suka bercakap semasa ketiadaan guru dan dalam situasi tidak rasmi serta gaya hidup lagha seperti berbual kosong mengumpat, dan gosip.
12 Dalam merealisasikan harapan ini bantuan daripada Pusat Sumber Sekolah (PSS) amat diperlukan melalui pewujudan pusat sumber cabang (PSC) di tempat strategi seperti di kantin dan di sudut-sudut utama sekolah. Kantin umpamanya selain menjadi tempat makan, ia juga sebagai port bermaklumat. Kerjasama antara pengawas kantin, dengan pengawas pss dan pengawas sekolah amat diperlukan dalam hal ini.
13 PSS juga boleh mengadakan sebuah buletin board berkunci untuk menampalkan semua akhbar utama pada setiap hari persekolahan untuk menjadi tatapan pelajar. Buletin Board lebih sesuai bagi sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai, tetapi kuasa beli bahan bacaan dan tahap keselamatan bahan bacaan tadi agak longgar.
Kelima: Menarik Sokongan Ibu Bapa dan Komuniti Setempat
14 Berdasarkan situasi yang berlau pada tahun 2010, fokus mesti diberi kepada 3 program utama: (i) Hari Gotong Royong (iii) Mesyuarat Agung PIBG dan (iii) Program Temu Waris. Jika sangat kurang ibu bapa yang hadir membantu program sekolah, maka suatu melalui strategi dan pendekatan berkesan ke arah menarik lebih ramai ibu bapa hadir ke sekolah terutama sewaktu mesyuarat agung PIBG dan Hari Gotong Royong perlu dikenal pasti.
15 Strategi mengadakan cabutan tiket bertuah seperti amalan sebelumnya perlu digunakan semula dengan melakukan pengubahsuaian pada hadiah yang ditawarkan.
16 Kalau dahulu sekolah menawarkan hadiah berupa hamper makanan dan minuman, kini barangan keperluan dapur seperti minyak masak 5kg setiap satu, beras 5kg setiap bungkus, gula putih 5kg setiap satu, dirasakan lebih menarik dan lebih bernilai untuk dijadikan hadiah.
17 Jika situasi sekarang diambil kira di mana harga barangan keperluan semakin mahal dan orang akan lebih berhati-hati apabila berbelanja, tawaran seumpama itu amat bertepatan dan akan menarik lebih ramai suri rumah.
Keenam: Memanfaatkan Sokongan Luar
18 Penglibatan dan kerjasama pemimpin, masyarakat setempat dan badan serta agensi kerajaan dan swasta dalam aktiviti sekolah semakin diperlukan, dan instrumen dan kaedah berkesan untuk menarik sokongan mereka perlu dijana.
Ketujuh: Memartabatkan Kelas Sebagai Nadi P & P
19 Cabaran di atas boleh dilakukan dengan menambah baik fungsi MKT dan meningkatkan sahsiah dan disiplin pelajar di dalam kelas sebagai nadi kepada kejayaan P &P dengan sasaran sifar masalah di dalam kelas.
Kelapan: Penambahbaikan Sistem Roll Call
20 Sistem roll call sebagai instrument mengesan ketidakhadiran pelajar , termasuk pelajar lewat diakui kesannya ke atas pembinaan sahsiah dan disiplin kendiri pelajar. Namun agar pelaksanannya lebih holisitik, pada tahun 2011, modus operandinya akan disusun lebih kemas dengan memberi fungsi yang lebih kepada Guru Tingkatan, Ketua Tingkatan dan GBK yang akan menghubungi ibu bapa, ketua kampung dan polis. Pengisiannya akan diberikan sukatan dan dimodulkan agar Roll Call lebih bermakna.
Hakcipta Abd Bashid Harun
PK HEM SMK Kamunting











No user commented in " Pengawas Hari Ini Pemimpin Masa Hadapan (Bhg 14) "
Follow-up comment rss or Leave a Trackback