SEBAGAI sebuah organisasi yang kabur dan tidak menentu ini, sekolah disarankan menonjolkan simbol tertentu, wira, ikon atau lambang. Inilah yang pernah ditonjolkan suatu ketika dahulu. Ia bukan sekadar wujud tetapi dijelmakan melalui semangat dan sikap setiap warga sekolah. Setiap simbol yang dikemukakan harus mudah, tetapi berkesan dan menyentuh. Ia tidak sewajarnya kompleks. Apabila sebut sahaja simbol dan lambang tersebut, orang ramai sudah tahu itu adalah sekolah tersebut. Pelajar-pelajarnya bukan sahaja berbangga memakai atau mengenakan simbol itu ke mana sahaja mereka pergi, tetapi mereka dapat merasakan makna dan perhubungan yang erat antara simbol itu dengan diri mereka.
Pelajar yang dilahirkan daripada sekolah yang sudah mempunyai kejayaan, tentu berbeza dengan pelajar yang datang dari sekolah yang belum pernah mencapai apa-apa kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. Sebab itu jangan meremehkan aspek kemenangan dalam apa jua acara sekalipun ia hanya di peringkat daerahKita bukan sahaja patut bermimpi tentang kemenangan tetapi kita wajib merealisasikan kemenangan itu sendiri. Kerana motivasi yang paling kukuh ialah kemenangan yang pernah dicapai. Setiap pelajar kita mesti melalui pengalaman memenangi sesuatu acara dan menduduki tiga tempat teratas walaupun hanya sekali dalam kehidupannya sebagai seorang pelajar. Kemenangan ini penting sebagai dorongan kepada pelajar itu bahawa ia sebenarnya berupaya mencapai sesuatu kemenangan dan ini telah pun terbukti. Justeru tidak mustahil kemenagan yang lebih besar akan dicapai. Perasaan inilah yang hendak ditanam dalam diri setiap pelajar. Apakah yang bakal diceritakan kepada kawan-kawannya yang lain kalau bukan kejayaan dirinya. Apakah yang diharapkan orang menyatakan tentang dirinya jika bukan kebaikan dan kejayaan yang dicapainya. Lebih kerap ia mendengar di sekelilingnya orang menyatakan kejayaan sekolahnya dan pelajarnya, berbanding perkara tidak baik, lebih berbanggalah ia dengan sekolahnya dan lebih kuatlah rasa malunya untuk melakukan sesuatu yang akan menjejaskan nama baik diri dan sekolahnya. Bukti-bukti kemenangan seperti piala, trofi, sijil dan sebagainya wajar ditonjolkan dan ditatap pada setiap hari oleh warga sekolah terutama pelajar-pelajarnya. Sebuah bilik atau pondok yang menempatkan semua piala itu wajar diwujudkan dan di situlah diletakkan semua piala yang pernah dimenangi. Namakan apa sahaja, bilik gemilang, arkib, bilik cemerlang dan sebagainya. Bilik ini mengandungi Ia patut diletakkan di tempat yang strategi dan di laluan utama di mana pelajar selalu berkumpul. Gambar-gambar pelajar yang berjaya wajar dibesarkan dan diframkan dan ditempatkan di bilik ini. Selain tumpuan yang diberikan kepada core business, iaitu pendidikan sekolah boleh memfokuskan kepada satu bentuk simbol, wira dan lambang yang boleh dibanggakan oleh sekolahnya. Sekolah tidak perlulah berebut-rebut hendakkan semuanya, tetapi hasilnya ia tidak dapat apa-apa. Memadai jika ia dapat memberi tumpuan kepada satu atau dua bidang yang ia rasakan mampu menonjolkan sekolahnya. Tentulah usaha ini memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Tetapi ia harus dimulakan. Siapa yang harus memulakannya di sekolah. Tentulah pengetuanya. Inilah suatu ketika dahulu yang

cuba diusahakan oleh bekas KPPM, Dato? Abdul Shukur apabila ia membangkitkan sekolah berwatak. Apa watak sekolah yang diingini. Adakah berwatak sukan, akademik, persatuan dan sebagainya. Jika sukan apakah satu watak yang paling menonjol yang ingin dilahirkan. Adakah bola jaring? Bola keranjang? Hoki dan sebagainya.