PARA guru juga mesti bersikap dinamik dan proaktif. Apabila disebut warga pendidikan yang proaktif saya bermaksud yang guru-guru dalam organisasi sekolah harus mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap apa yang akan berlaku, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, di samping menjana pendekatan yang bersesuaian serta bersedia dengan segala kemungkinan.Jika seorang pengetua sentiasa bertanyakan soalan apa lagi yang patut saya lakukan untuk sekolah saya, guru-guru wajar bertanya apa lagi yang patut aku lakukan untuk murid-murid dalam kelas saya. Apa kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi dalam kelas. Jika semua guru memikirkan apa yang patut dilakukan untuk yang terbaik bagi anak murid mereka, saya fikir 80% masalah sekolah akan selesai.Pengamatan saya mendapati. kebanyakan masalah sekolah berpunca daripada pengabaian di dalam kelas. Apa yang sepatutnya diurus dalam kelas tidak diurus seperti yang sepatutnya . Apa yang sepatutnya berlaku tidak berlaku di dalam kelas. Jika gejala ini dibiarkan terus berlaku bererti sebuah dunia kecil yang dilambangkan melalui sebuah kelas gagal dibentuk. Oleh itu bagaimana dunia sebenar boleh dibentuk. Sebab itu saya tetap mempertahankan pernyataan bahawa sistem pendidikan bertaraf dunia bermula dari dalam bilik darjah. Dan yang menentukannya ialah guru subjek itu sendiri, bukan pengetua per se.Sebagai contoh jika pelajar didapati ponteng kelas, hal yang demikian berlaku kerana ketidakcekapan guru menguatkuasakan sistem kawalan dalam kelas dan sistem keluar masuk kelas pada waktu itu. Jika pelajar sampai bergaduh dalam kelas, jawapannya kerana ada lompang yang membolehkan mereka berbuat begitu yang antara sebabnya ialah kelewatan guru masuk ke kelas.Begitu juga kalau pelajar bising. Apakah kerana pelajar bising dalam kelas yang guru-guru ada di dalamnya, kesalahan harus ditunjuk kepada pengetua atau penyelia petang. Jika bukan, maka para guru tiada pilihan lain selain menjalankan P & P secara berkesan yang turut meliputi langkah-langkah kawalan kelas. Maka saya pengetua dan Penyelia petang mesti memastikan hanya P & P yang terbaik dan berkualiti sahaja yang berlaku di dalam kelas.Kita hendaklah memastikan agar pembentukan sebuah dunia kecil benar-benar berlaku di dalam bilik darjah.Langkah-langkah yang diambil dalam bilik darjah itulah yang harus diperkemaskan. Ini termasuklah amalan menghormati guru yang masuk dan keluar kelas, kebersihan dan keceriaan dalam kelas, penguatkuasaan tugasan pelajar, sistem keluar masuk kelas, pematuhan kepada arahan, memberi tumpuan, pematuhan terhadap jadual waktu, dasar menjadikan buku teks sebagai pegangan utama, perkakasan belajar, dan P & P itu sendiri.
















2 users commented in " Pastikan Kelas Anda Terurus "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackTerima kasih cikgu, article cikgu banyak membantu saya. Sebagai guru yang praktikum memang banyak benda yang perlu saya kaji dan pelajari.Walau bagaimanapun saya sering menghadapi masalah untuk kawalan kelas. Hal ini kemungkinan kerana suara saya agak perlahan.Saya amat berbesar hati sekiranya cikgu dapat memberi panduan untuk kawalan kelas.
cikgu,saya pun hadapi masalah nak kawal kelas..huhu
Leave A Reply