GuruBashid memohon keampunan kepada semua pembaca setia kerana sudah lama tidak muncul dengan artikel baru. Kesibukan sebagai pentadbir sekolah, keterlibatan dalam beberapa urusan peperiksaan, kesibukan melayan rumah terbuka sahabat handai dan saudara mara di bulan syawal ini menyebabkan saya terpaksa memberi keutamaan kepada perkara-perkara ini. Insya-Allah, jika tiada aral saya akan mula berkongsi pendapat semula selepas tamat bulan syawal ini yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Begitulah kita sebagai insan mesti mengetahui tentang prioriti supaya yang lebih utama dalam kehidupan ini tidak sampai terabai. Kepada para guru berilah suntikan terakhir kepada pelajar-pelajar anda yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM. Jangan lupa redakan apa yang diajar dan ampuni kesalahan mereka. Hantar mereka ke dewan peperiksaan dengan hati yang penuh tenang, dan reda sambil mendoakan kejayaan mereka. Kadang-kadang tip dan kata-kata semangat terakhir daripada anda besar mujarabnya kepada para calon.











3 users commented in " Maaf Kerana Lama Tak Menghantar Artikel "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackPAS hanya bising. Tetapi UMNO di bawah BN melaksanakannya
Ya amat bahaya jika kes penjenayah dilihat dari sudut perkauman. Sebab jangan sesiapa pun memulakannya.
Jika perlu Nik Aziz sendiri yang perlu menggalas beban di Galas sebab hanya dia yang terbaik dari segi percakapan setakat ini sebab rakyat Kelantan lebih memerlukan individu yang lebih pandai bercakap daripada berbuat sesuatu untuk Kelantan
Leave A Reply