Sekarang musim cuti sekolah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh kaum pendidik. Bagi yang berkeluarga sudah tentu inilah masa yang sesuai untuk bersama keluarga. Bagi yang bertugas sebagai RO dan pengawas peperiksaan SPM dan STPM terpaksalah menunggu semuanya selesai untuk mengatur aktiviti bersama keluarga. Jika ada kesempatan suruh anak-anak kita terlibat dalam aktiviti kenduri kendara yang banyak diadakan di musim cuti panjang ini. Jangan biarkan mereka memerap di rumah sahaja sehingga tak kenal masyarakat dan sanak saudara. Apatah lagi yang tinggal di asrama. Kalau mereka tak joint aktiviti masyarakat seperti kenduri kahwin bukan sahaja mereka tak kenal jiran sekeliling, jiran sekeliling pun tak kenal mereka. Selain itu boleh juga bawa mereka mengunjungi sanak saudara. Biar mereka kenal lebih rapat siapa tok dan nenek menakan mereka, bapak dan mak saudara mereka serta ipar duai mereka. Jangan nanti bersentuh bahu dekat supermarket pun tak mengenali antara satu sama lain. Apabila bertemu kita sebagai ibu bapa kenalah main peranan. Kenalkan anak-anak dengan setiap anggota keluarga dan sanak saudara. Kenalkan mereka secara terperinci, bukan sahaja nama tetapi apa hubungan dan perkaitan keluarga yang sedia terjalin. Saya percaya jika tak diberi penerangan, ada yang tak tau apa yang dikatakan ipar, sepupu, dua pupu, keponakan, bisan, biras dan sebagainya.

















No user commented in " Cuti Sekolah:Masa Mengukuhkan Ikatan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply