SEBAIK-BAIK sahaja selesai mengajar subjek sejarah, subjek paling digemari sejak dahulu, beberapa orang pelajar Tingkatan 1 berjumpa saya lalu bertanya mengapa di Melaka sudah tiada sultan lagi sedangkan suatu ketika dahulu Melaka terkenal sebagai sebuah empayar yang diterajui oleh Sultan.Buku Sejarah Melayu menggambarkan betapa agungnya kesultanan Melayu Melaka pada waktu itu. Malahan kewujudan sultan-sultan Melaka ini turut diakui dalam buku-buku sejarah. Ya pertanyaan seperti itu bisa saja diaju oleh sesiapa sahaja yang memahami tentang sejarah Melaka. Sebuah empayar kesultanan Melayu yang terkuat yang menguasai hampir seluruh Tanah Melayu dan sebahagian besar kepulauan Indonesia, tiba-tiba sahaja kehilangan raja atau sultannya. Ke mana pergi Sultannya? Tentu ada warisnya, tidak bolehkah warisnya diberi takhta semula dan Melaka kembali diterajui oleh Sultan. Sebelum saya menuliskan jawapan saya di sini, saya ingin mengajak pembaca merenung kembali hal ini dan memberikan jawapannya. Tulislah apa sahaja yang terfikir di kepala saudara/saudari tentang topik ini.

















No user commented in " Renungan Pagi Merdeka "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply