1. Jika berita di atas benar-benar menjadi kenyataan ia memang menggembirakan hati saya. tetapi yang jelas itu hanyalah harapan saya. Sebagai seorang bapa yang masih mahu belajar bahasa Inggeris berbanding dengan anak-anak saya yang sudah mula berani bertutur bahasa itu, saya kira pengumuman seperti itu memang diharapkan dan melegakan hati saya dan ramai lagi ibu bapa di luar sana.
2. Kalau dahulu mereka hanya belajar Bahasa Inggeris untuk lulus, sekarang mereka belajar bahasa itu dengan niat lebih jauh daripada itu iaitu untuk menguasai subjek Sains dan Matematik.
3. Mula-mula mereka menguasai subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris selepas itu mereka menguasai teknologi dunia melalui pembacaan mereka yang meluas. Mula-mula mereka hanya pengguna selepas itu mereka diharapkan menjadi pengeluar pula.
4. Ramai yang menjadikan alasan bahaw3a kegagalan dalam Matematik dan Sains kerana diajar dalam bahasa ini. Nampaknya fikiran mereka benar-benar berorientasikan peperiksaan. Dengan melihat keputusan UPSR mereka menyimpulkan apa yang kerajaan buat ini salah, lalu mencadangkan kembali kepada asal-ajar subjek ini dalam Bahasa Melayu.
5. Mereka gagal melihat di sebalik idea Tun mencadangkan hal ini, niat Tun ialah untuk menolong bangsa Malaysia agar dapat menguasai sains dan teknologi khususnya dan dunia amnya.Agar bangsa Malaysia bersaing di peringkat global.Tentulah ini memakan masa beberapa tahun sebelum kita melihat hasilnya.
6. Memang menakutkan dan berisiko.Tetapi keberanian mesti ada untuk mengambil risiko jika kita mahu melihat berlakunya anjakan paradigma di kalangan bangsa kita. Kejayaan tidak datang dengan mudah dan dengan mengambil cara paling mudah dan popular.
7. Sebenarnya saya cukup takut jika keputusan sebaliknya berlaku. Maklumlah anak-anak baru mula berjinak-jinak dengan bahasa itu dan telah menunjukkan sedikit kemajuan walaupun tidak banyak, tiba-tiba dikembalikan semula pengajaran subjek Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu.
8. Tentu jika itu berlaku perkembangan mereka dalam bahasa itu khususnya untuk subjek sains dan matematik akan terbantut. Malahan tindakan menarik balik penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek itu dikira kurang bijaksana setelah banyak masa dan belanja telah kita gunakan untuk merealisasikannya.
9. Sebagai seorang bapa yang terdidik dalam aliran Melayu dan Arab saya tidak berkesempatan menguasai Bahasa Inggeris lebih meluas berbanding anak-anak saya sekarang. Jadi sebagai bapa yang kurang bernasib baik, saya mahukan anak-anak saya menjadi lebih baik daripada saya sekurang-kurangnya dalam aspek ini.
10. Saya tanamkan perasaan ‘iri” atau “ghibtah” di hati mereka kepada penutur bahasa Inggeris sambil meyakinkan mereka betapa mudahnya individu yang mampu bertutur dalam bahasa itu mendapat peluang pekerjaan yang bergaji lumayan berbanding mereka yang hanya tahu satu bahasa, khususnya Bahasa Melayu.
11. Kebanyakan kita daripada aliran Melayu hanya mempelajari bahasa itu, tetapi masih belum berani menuturkannya. Kalau menuturkannya pun masih bercampur baur antara Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dan antara yakin dan ragu-ragu.
12. Tetapi anak-anak saya sekarang jauh lebih baik penguasaan bahasa Inggeris berbanding sketiaya ka saya seusia mereka walaupun tidaklah lebih cekap daripada kawan-kawan merela yang jauh lebih pandai.
13. Tegasnya anak-anak sudah ada keyakinan dalam bahasa Inggeris dan semakin berminat mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa itu sekalipun dalam susah payah.
14. Nampaknya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris menjadi alasan yang baik untuk mereka lebih menguasai bahasa itu. Mereka bukan sahaja bersungguh-sungguh untuk menguasai bahasa antarabangsa itu, malahan mereka sedang mendedahkan diri mereka kepada istilah-istilah sains dan matematik yang diguna pakai di peringkat dunia. Mereka sedang menyediakan diri mereka untuk keperluan dunia sekarang.
15. Jadi tiada sebab minat mereka disekat dan peluang keemasan untuk menguasai Sains dan Matematik melalui Bahasa Inggeris terhenti begitu sahaja.
Hakcipta Abd Bashid Harun












3 users commented in " Matematik, Sains kekal dalam bahasa Inggeris? "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSaya ingin memberi sedikit komen tentang artikel Matematik, Sains Kekal Dalam Bahasa Inggeris di atas:
1. Jelas penulis tidak dapat membezakan antara keperluan berbahasa inggeris dengan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
2. Apa yang diperlukan oleh rata-rata rakyat Malaysia ialah kefasihan berbahasa Inggeris; di mana apabila mereka mampu menguasai bahasa Inggeris maka apa sahaja subjek yang difahami mereka boleh sampaikan kepada orang lain dengan baik kerana kefasihan mereka dalam bahasa Inggeris. Jika mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, apa hal pun mereka tak mampu hendak sampaikan.
3. Oleh itu, apa yang sepatutnya diberi penekanan lebih ialah penguasaan Bahasa Inggeris itu sendiri di kalangan anak-anak murid kita. Perkasakan pengajaran Bahasa Inggeris bukan memangsakan anak-anak yang masih lemah dalam Matematik dan Sains walaupun diajar dalam bahasa Melayu.
4. Renung dan fikirlah. Kita adalah generasi penentu kepada anak-anak kita di masa depan. Adakah secara jujur kita sengaja ingin menjahanamkan masa depan ribuan anak-anak Melayu yang sepatutnya boleh bernafas lega dengan memahami Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu tetapi kerana buah fikiran kita yang “tidak bernas” tetapi nampak seperti bernas itu menyebabkan usaha mereka terbantut di tengah jalan. Malah sudah ada murid-murid kita yang sengaja ponteng dari kelas-kelas Sains dan Matematik kerana tidak mampu memahaminya dalam Bahasa Inggeris
5. Dari pengalaman yang lalu, ramai anak-anak melayu boleh sampai ke menara ganding dan memperolehi PhD dan Master hanya dengan pengantara Bahasa Melayu, tetapi kenapa dek kerana seekor nyamuk yang sesat, maka seluruh kelambu ingin dibakar. Silap-silap rumah dan kampung semua akan terbakar.
6. Jangan politikkan isu Sains dan Matematik. Hanya kerana ingin dikenali atau nampak seperti hebat, maka kita membantah kata hati kecil kita yang memang mengetahui dengan jelas bahawa dengan meminggirkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu ribuan anak-anak Melayu akan hancur masa depannya. Siapa petualang bangsa sebenarnya?
7. Kita boleh tersenyum kerana kita bangga melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris; tetapi anak-anak kita sentiasa berduka (tetapi tidak tahu saluran mana ingin diluahkan perasaan mereka)kerana keputusan kita itu.
8. Ingatlah bila kita baik dalam bahasa Inggeris (perkasakan Bahasa Inggeris); apa juga subjek lain yang ingin kita sampaikan dalam Bahasa Inggeris secara spontan dapat dilakukan dengan baik. Buktinya, kita kini memiliki beratus ribu lulusan Master dan PhD yang dahulunya belajar di sekolah-sekolah aliran Melayu
salam..
1) saya selaku bakal guru, yang baru nak mula merangkak dalam dunia perguruan, dengan rendah hatinya mengakui PPSMI adalah suatu perlaksanaan sistem pembelajaran yang baik.
2) tetapi saya berpandangan bahawa, sistem PPSMI ini perlu melalui proses penambahbaikan sebelum diperkenalkan semula.
3) saya setuju dengan cadangan NUTP, supaya istilah-istilah Sains dan Matematik perlu diajar dalam silibus subjek Bahasa Inggeris terlebih dahulu.
4) Setelah yakin pelajar dapat menguasai istilah dan bahasa inggeris dengan baik. Barulah PPSMI diperkenalkan dalam sisitem pendidikan negara kita.
5) Saya juga bersetuju dengan pandangan Guru Bashid, seharusnya kita menyogok anak-anak bangsa kita dengan masa depan dan karier yang baik sekiranya anak-anak bangsa kita mennguasai bahasa antarabangsa ini.
6) Begitu juga dengan pandangan Ahmad Kamal. Beliau menegaskan bahawa “Perkasakan pengajaran Bahasa Inggeris bukan memangsakan anak-anak yang masih lemah dalam Matematik dan Sains walaupun diajar dalam bahasa Melayu”.
7) Walau apa pun keputusan dan tindakan pihak kerajaan terhadap isu PPSMI ini, saya yakin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Saya selaku bakal guru, sanggup mengajar dalam apa bahasa sekali pun sekiranya itu yang terbaik untuk anak bangsa saya.
=)
assalamualaikum dan salam sejahtera..
1.saya amat tertarik dengan isu ini.Saya selaku guru matematik dan sains sendiri ada pendapat tersendiri mengenai isu sebegini.sebenarnya pengajaran dan pembelajaran sains dengan matematik dalam bahasa inggeris ini ada kebaikan dan ada keburukannya.
2. Pelajar yang cemerlang dan memahami bahasa inggeris terus berjaya dan maju ke depan manakala pelajar2 yang lemah terus mundur dan mundur ke belakang dan akhirnya tercicir dalam pelajaran dalam dua subjek ini.itulah yang saya boleh katakan.
3. Pelajar2 yang sederhana dan lemah ini menjadi suatu tanggungjawab yang besar dan suatu cabaran bagi guru-guru.Namun guru-guru juga perlu banyak bersabar dengan karenah2 pelajar .Pelajar-pelajar yang sederhana dan lemah ini kebanyakan mendatangkan masalah di sekolah dan para guru.
4. Kelompok pelajar ini suka memontengkan diri, tak faham istilah dan konsep matematik yang diajar begitu juga dengan subjek sains .Bahkan subjek matematik itu sendiri dalam bahasa melayu pelajar masih tidak memahami dengan baik apatah lagi menggunakan bahasa inggeris???Mereka langsung tidak memahami bahasa inggeris dengan baik. apatah lagi disuruh membuat eksperimen untuk subjek sains?????????adakala guru terpaksa memahamkan pelajar menggunakan bahasa melayu dan adalah suatu kesukaran bagi guru untuk mengajar dalam bahasa inggeris disebabkan pelajar tidak faham.Guru bla…bla seorang tetapi pelajar ‘nothing’.itulah masalahnya.
4. Masih terdapat banyak kelemahan sebenarnya jika hendak mengaplikasikan bahasa inggeris untuk subjek ini memandangkan di seluruh sekolah bukannya semua terdapat golongan yang pandai malahan ada golongan yang sederhana dan lemah.
jadi renung-renungla….
“
Leave A Reply