Mahathir seorang yang berjaya. Kejayaannya menjadi inspirasi kepada yang lain.Ini bukan bererti Mahathir tidak pernah gagal. Malahan beliau pernah gagal beberapa kali. Tetapi yang penting beliau berjaya mengatasi kegagalan itu.Ia mencuba sesuatu yang unik yang orang lain belum pernah melakukannya.Ia nampak apa yang orang lain tidak nampak. Rahsianya terletak kepada bagaimana beliau melihat. Beliau bukan sekadar melihat, tetapi mengamati apa yang berlaku di sekelilingnya. Tiada suatu pun yang terlepas daripada pengamatan beliau. Maksudnya beliau tidak akan membiarkan sesuatu itu berlalu begitu sahaja tanpa mengambil faedah daripadanya. Di sinilah kelebihan Mahathir. Beliau seorang pemberani-berani mencuba dan pada masa yang sama berani mengambil risiko. Ia tidak gentar. Ia tidak akan berkata sesuatu yang ingin didengar sahaja. Begitu juga ia tidak menulis sesuatu yang hendak dibaca sahaja. Ia akan berkata dan menulis sekalipun perkara-perkara itu begitu asing dan janggal bagi ramai orang. Ia sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja. Apa sahaja soalan yang diajukan kepadanya ia menjawab dengan tenang. Beliau tidak pernah marah atau menunjukkan rasa tertekan dan tercabar dalam apa jua situasi yang dihadapi. Ia menjawab dengan penuh yakin seolah-olah ada mesin komputer di dalam mindanya. Malahan sesiapa yang mendengar jawapannya akan turut berkeyakinan sebagai tanda setuju. Malahan kita menunggu-nuggu apa yang Mahathir akan katakan. Begitulah kelebihan negarawan ulung itu. Hakcipta Abd Bashid Harun

















No user commented in " Jika Mahathir Masih Relevan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply