1. Seorang pengkritik saya mahukan saya bersikap jujur untuk membezakan antara Nik Aziz dan DS Najib. Saya boleh sahaja menyenaraikan berpuluh-puluh kebaikan Najib berbanding Nik Aziz sebab semua pembaca tahu secara jujur bahawa saya orang UMNO.

2. Tetapi saya kira jawapan ini sudah memadai untuk menerangkan dua lelaki ini. Seorang diberikan Tuhan untuk mentadbir sebuah negeri di mana di dalamnya terhimpun individu sepertinya bukan sahaja dalam agama, tetapi juga dalam bangsa dan bahasa.

3. Sedangkan yang seorang lagi dikurniakan sebuah negara di mana di dalamnya terdapat begitu banyak perbezaan sama ada dalam aspek negeri, bangsa, agama, budaya, ideologi dan bahasa.

4. Begitulah Tuhan memberi ke atas makhluknya yang terpilih menurut kadar kemampuannya.

5. Bukankah Tuhan yang sama telah memberi kepada Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali jawatan khalifah sedangkan pada waktu itu ada Abu Ubaidah al-Jarrah dan Khalid al-Walid yang begitu berjasa di medan tempur dan Abdullah bin Mas’ud dan ibnu Abbas sebagai ahli tafsir yang handal.

6. Begitulah apabila Tuhan memberi, Tuhan memberi kepada hanya yang ahli. Sebab itu Imam yang empat (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) memilih untuk memimpin feqh daripada mengurus tadbir sebuah negara.

7. Para pahlawan ditentukan mengepalai perang; ahli feqh diperlukan untuk melerai masalah hukum; dan mereka yang hilm dan fatanah ditunjuk untuk memimpin dan mengurus maslahah ummah.

8. Inilah ketentuan Tuhan sejak azali dan inilah keadilan-Nya di mana dia meletakkan seseorang benar-benar di tempatnya.

9. Dan apabila ada orang yang bercita-cita besar sehingga melampaui sempadan kemampuan dirinya dan kemahiran yang dikurniakan Tuhan kepadanya, di situlah bermulanya fitrah dilanggar lalu dunia ditimpa musibah yang tidak sedikit.

GuruBashid
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape