1 Al-Hamdulillah saya telah pun menyelesaikan pembacaan novel Kembara Amira dan telah pun mendapat gambaran menyeluruh tentang kandungan novel tersebut.
2 Cuma selepas ini saya perlu membaca dari satu muka surat ke satu muka surat, dan kemudian dari satu perenggan ke satu perenggan untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci dan lebih mendalam tentang kandungan novel ini.
3 Sebelum saya meminta murid saya memahami novel ini, biar saya yang memahaminya terlebih dahulu.Saya harus hadam seluruh aspek tentang novel ini agar saya dapat berkongsi dengan penuh penghayatan bersama murid-murid saya.
4 Ada beberapa persoalan yang saya ingin ajukan kepada pengarang novel ini. Saya ingin tahu nama sebenar penulis novel Kembara Amira sama ada Amer Hamzah atau Amer Hmzah. Sebabnya saya melihat ada dua nama digunakan, satu Amer Hamzah dan satu lagi Amer Hmzah.
5 Saya juga ingin kepastian tentang penggunaan istilah yang tepat dalam bidang arkeologi sama ada gali cari atau cari gali. Adakah istilah cari gali boleh digunakan untuk menggambarkan semua perbuatan mencari dan menggali seperti cari gali minyak, cari gali emas, cari gali artifak dan sebagainya.
6 Tidakkah istilah yang paling sesuai untuk mengesan artifak, fosil dan khazanah dalam tanah dan lautan atau lebih tepat lagi dalam bidang arkeologi seperti yang dimuatkan dalam novel ini ialah gali cari, bukannya cari gali.
7 Amira dikatakan menjadi produser laman web ibunya, Profesor Zaidah. Sebagai produser, adalah menjadi tugas Amira atau Mira watak utama dalam novel ini untuk memasukkan semua maklumat dan penemuan terbaru ibunya dalam bidang gali cari.
8 Tetapi pertanyaan saya adakah laman web ini tentang kajian ibunya dalam bidang arkeologi atau tentang ibunya sendiri. Jika laman web itu lebih kepada kajian oleh ibunya lebih baik pengarang menyebut laman web ibunya, bukan laman web tentang ibunya (baca baris 8, halaman 8).
9 Saya kira ada yang salah tentang ayat dalam perenggan kedua sebelum terakhir (halaman 236). Ayat yang tertulis ialah- Amira menyambung mobile disk ke komputernya dan menjerit kesukaan. Ternyata mobile disk itu rosak atau terjejas oleh kesan najis kelawar yang bertimbun di dalam gua itu.
10 Betulkah ayat di atas. Jika mobile disk itu rosak, mengapa sampai Amira menjerit kesukaan. Bukankah dia amat berharap mobile disk itu masih dalam keadaan baik.
Catatan GuruBashid











No user commented in " Beberapa Persoalan Tentang Novel Kembara Amira "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply