Petikan perenggan terakhir halaman 93 dan 94 dan perenggan berikutnya dalam Novel Julia:

Selepas membaca al-Quran, entah mengapa aku masuk ke bilik abah dan membuka e-mel. Mungkin ada mel baru daripada kawan-kawan di Perth. Ada tiga mel dari Perth dan satu daripada Rashid. Aku mencetak mel itu supaya dapat membaca dengan lebih mudah. Berita daripada Sadia memberitahu tentang kelahiran adik kembarnya. Seperti dijangkakan emaknya melahirkan anak kembar; seorang lelaki dan seorang perempuan. Tahniah Sadia.

Mel kedua daripada Brother Haroun yang bertanyakan khabar dan memberi nasihat supaya lebih kuat bergantung kepada rahmat Allah. Dan mel ketiga datang daripada Rashid…..

1 Daripada petikan di atas saya amat jelas bahawa jumlah e-mel yang diterima oleh Julia ialah empat, bukannya tiga, iaitu tiga mel daripada Perth dan satu mel daripada Rashid ( Bukankah 3 tambah 1 menjadi 4)

2 Tetapi dalam petikan di atas kita keliru sama ada julia mencetak semua mel tersebut atau tiga sahaja.

3 Jika kita mengambil kira apa yang dibuat oleh Julia, jelas sekali Julia hanya mencetak dan membaca tiga mel. Julia membaca 2 mel dari Perth, iaitu satu daripada sahabatnya Saida dan satu lagi daripada Brother Haroun dan satu mel lagi daripada Rashid. Maknanya ada 1 mel dari Perth yang tidak dibaca oleh Julia.

Pertanyaan GuruBashid