Sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang datang menemui GuruBashid untuk meminta bantuan mempromosikan aktiviti mereka kepada orang ramai. Encik Mustafa yang dikenali dengan Pak Janggut adalah pengamal perubatan berasaskan herba terpilih turut mendapatkan perkhidmatan GuruBashid. Beliau yang pernah menjadi orang kepercayaan seorang taukeh ubat di Ipoh sebagai pembancuh ubat untuk selama 20 tahun, kini menjalankan pekerjaan sendiri sebagai pengamal perubatan berasaskan herba di samping menghasilkan ubat-ubatan beliau sendiri daripada tiga herba utama iaitu senduduk putih, akar seruntun dan yang terbaru kentang angin. Kentang angin yang dalam bahasa saintifiknya dioscorea bulbifera atau dikenali juga sebagai air potato ini berasal dari kawasan Florida Amerika, Syarikat..Herba ini juga dikenali sebagai Bitter Yam Dalam lawatan ke kebun herba beliau, dua jenis herba ini, iaitu senduduk putih dan kentang angin menjadi tanaman utamanya. Kentang angin amat sukar didapati.Menurut Pak Janggut beliau mendapatinya di dalam hutan lalu menyemai benih di kebunnya. Kini beliau mempunyai stok yang mencukupi untuk tujuan rawatan. Kentang angin merupakan raja ubat bagi rawatan penyakit kanser, khususnya kanser rahim dan payudara serta bahan kuat untuk melupakan daripada ketagihan dadah. Beliau yang kini mula mengusahakan rawatan ke atas pesakit kanser dan penagihan dadah di rumahnya sedang tekun menjalankan kajian dan menambahkan pengetahuan tentang dua jenis herba ini, iaitu kentang angin dan senduduk putih. Beliau menjalankan rawatan di rumahnya pada setiap hari dari Isnin hingga Khamis dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam dan pada hari Sabtu dan Ahad dari jam 10.00 pagi hingga10.00 malam. Sesiapa yang berhajat menerima rawatan yang berkaitan bolehlah email kepada kami di gurubashid@yahoo.com atau mengutus surat kepada: Urusetia, Pusat Rawatan Herba Pak Janggut, No 63, Blok C, Perumahan Awam, Batu 2 1/2 Jalan Simpang, 34000 Taiping ,Perak atau menghubungi melalui telefon bimbit 013-5964217.
PUSAT RAWATAN:
Pusat Rawatan Herba Pak Janggut
No 5 Blok A Perumahan Awam
Batu 2 1/2 Jalan Simpang
34000 Taiping
Perak
Malaysia



















No user commented in " Khasiat Kentang Angin "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply