Ramai orang boleh berkata ya, tetapi sangat sedikit yang boleh berkata tidak. Apatah lagi untuk mengucapkannya kepada pihak yang memang mempunyai kuasa dan begitu berpengaruh. Kita mesti ada pemimpin yang berani berkata tidak kepada barat. Ini mungkin satu tindakan yang tidak begitu digemari dan cuba dihindari oleh kebanyakan pemimpin dunia ketiga. Sebabnya, tindakan ini akan mengundang kemarahan Amerika Syarikat dan teman tidurnya, Israel. Mereka tentu tidak popular lagi selepas itu walaupun sebahagian besar rakyat mungkin akan menyanjungnya sebagai wira mereka. Mereka lebih bersedia dimarahi rakyat sendiri daripada mencari fasal dengan polis dunia itu. Dahulu kita ada ayatollah Ruhollah al-Khoemeni, bekas pemimpin revolusi Islam Iran, tetapi beliau dilihat oleh penganut kental sunnah sebagai mewakili kaum syiah sahaja. Selepas itu kita ada Saddam, si penumbuk, tetapi sekarang itu hanya tinggal kenangan. Malahan dunia ketiga pernah ada Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang tidak pernah berselindung mengenai sikapnya terhadap Amerika Syarikat. Hampir semua ucapannya di peringkat antarabangsa akan menjadikan barat, terutama Amerika Syarikat sebagai sasaran kritikannya. Persoalannya sekarang, perlukah dilahirkan pemimpin seperti itu lagi dan kalau perlu, siapakah lagi selepas mereka? Hakcipta GuruBashid












No user commented in " Berani Berkata Tidak "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply