PERTAMA:Selain memiliki pengetahuan perguruan dan subjek yang diajar,guru mesti sihat minda dan jasmani. Langkah guru mesti pantas sebab dia perlu berada di kelas tepat pada waktunya; perlu bergerak dari satu blok ke satu blok;menaiki beberapa anak tangga menuju ke tingkat 2 hingga 4; perlu berdiri di dalam kelas dan bergerak ke segenap arah; cukup tenaga untuk melontar suara yang agak kuat dan jelas agar didengar oleh setiap pelajar; memeriksa kerja pelajar dan memantau pergerakan murid. Selain itu di rumah dia mungkin seorang ibu atau ayah kepada anak-anaknya, atau suami atau isteri kepada pasangannya. Dia mungkin juga menjadi AJK badan-badan komuniti @ masyarakat setempat atau menjadi ahli badan-badan NGO. Lebih banyak peranan dan fungsi seseorang guru itu lebih besarlah darjah kecergasan dan kesihatan yang perlu ada padanya. Dia tidak boleh memandang remeh aspek kesihatan fizikal dan mental ini. Sebab itu di sini disyorkan agar guru mengamalkan cara hidup sihat, mengambil makanan yang mencukupi, berkhasiat dan seimbang, minum melebihi 8 gelas air masak sehari,melakukan pemeriksaan kesihatan yang kerap menjelang umur 40 tahun ke atas, cukup tidur dan rehat, tidak terlibat dalam masalah yang boleh melemahkan mental dan jasmani serta banyak lagi. Sebenarnya menjaga kesihatan fizikal dan mental bagi seseorang guru bukan satu pilihan lagi tetapi keperluan. Jangan sampai disibukkan dengan tugas mereka sebagai guru, tanggungjawab penjagaan kesihatan diabaikan atau di kesampingkan. Pelajar-pelajar memerlukan guru yang sihat, bertenaga dan sentiasa bersemangat. merekalebih bermotivasi dengan guru-guru yang begini. Guru yang selalu sakit, mempunyai pergerakan yang lembab, suara yang perlahan dan mengajar tanpa pergerakan dan selalu duduk bukan sahaja membosankan tetapi membunuh jiwa pelajar.
KEDUA:Atas harapan itu saya selalu meneroka dan mencari sesuatu bagi membantu para guru agar sentiasa sihat dan cergas. Selain semua amalan hidup sihat seperti yang dicadang di atas, saya baru-baru ini diberi satu formula oleh rakan saya agar sentiasa berada pada tahap kecergasan yang optimum. Sebagai guru yang aktif dan proaktif saya tidak pernah menolak apa jua cadangan yang baik. Asalkan setiap cadangan itu ada pengesahan, dalil dan terbukti saya akan mencubanya. Saya tidak pasti sama ada anda pernah mendengarnya atau tidak. Dia mengesyorkan mentalk candy untuk saya. Ia dibungkus seperti sebiji KOPIKO. Harga sebiji candy ini mencecah sehingga RM10.00. Tetapi untuk tujuan promosi, dia memberikan 2 biji percuma kepada saya. Satu untuk saya dan satu untuk isteri saya katanya. Saya dan isteri saya telah mencubanya. Dan hasilnya menakjubkan. Ternyata ada kelainannya. Jika ingin tahu apakah kelainannya, anda harus membeli dan mencubanya. Dapatkan keterangan lanjut daripada Puan Zarina dengan menghantar email ke zarinasuri@yahoo.com. Sebelum itu saya syorkan anda melawat laman web mentalk di http://mentalk2u.com.