1 Seseorang melalui komennya memberitahu saya yang dia tak berminat menjadi guru sebab dia tak mahu berhadapan dengan budak-budak nakal.Lebih tepat lagi dia tak suka budak-budak nakal.

2 Saya ingin beritahu individu ini dan yang sejenis dengannya bahawa dia memang tak sesuai jadi guru. Mencuba pun jangan.Rosak anak bangsa dibuatnya.

3 Persoalan pendidikan ke atas anak-anak bukan persoalan trial and error. Kita tak memerlukan pendidik yang awal-awal lagi sudah menolak sebahagian daripada manusia dan hanya ingin mendidik manusia daripada jenis yang ia suka didik sahaja.

4 Menjadi guru bererti bersedia menerima apa jua rupa bentuk pelajar yang datang kepadanya. Jika ada yang nakal, maka itulah cabaran yang patut diambil oleh seseorang guru.

5 Seseorang guru tidak patut memilih-milih pelajarnya. “Aku hendak kelas ini dan aku tidak mahu masuk kelas ini,” tak patut menjadi ungkapan seorang guru.

6 Guru patut tahu bahawa semua pelajar itu berpotensi menjadi lebih baik. Inilah fungsi pendidikan yang patut dimainkan oleh guru.

7 Jangan mendabik dada mengatakan yang anda akan mudah mendidik budak-budak yang baik. Sebenarnya budak-budak yang baik pun tidak sesuai dengan guru jenis ini.

8 Saya nasihatkan mereka yang begini agar menjadi murid terlebih dahulu, Jadilah murid yang lebih baik dan belajar untuk menerima manusia seadanya.

Catatan GuruBashid