” Melihat kepada bagaimana kerajaan menguruskan mangsa yang dilanda banjir di empat negeri dan pada masa yang sama membawa pulang pelajar Malaysia yang jumlahnya lebih kurang 11 000 dari Mesir yang bergolak, saya memikirkan bahawa kerajaan yang kuat, cekap dan berkemampuan sahaja yang berupaya melakukan semua ini. Walau pun ada orang yang dengan mudah berkata bahawa mana-mana kerajaan pun akan melakukan tanggungjawab yang serupa namun seperti tanggungjawab bapa kepada anak, saya ingin beritahu anda bahawa ada negara yang kerajaannya tidak mampu menguruskan rakyat dan negaranya kerana ketiadaan kewangan dan jentera seperti juga bapa yang membiarkan rumah tangga terumbang ambing kerana ketiadaan punca pendapatan yang kukuh atau dilanda masalah peribadi,” GuruBashid