JIKA murid atau anak anda sendiri berminat dalam lukisan kartun, itu bererti mereka berada di landasan yang betul. Itu bukanlah sesuatu yang merugikan. Karikatur dan kartun merupakan dua bidang yang cukup banyak membuka peluang dan ruang kepada mereka yang berbakat. Jika anak atau murid anda mempunyai bakat sebegini, beri galakan kepada mereka dan minta mereka mengasah bakat itu dengan menghasilkan pelbagai jenis lukisan kartun. Dengan kemahiran itu mereka boleh memasuki industri perkartunan dan membuat duit dengannya. Mereka boleh menjadi pelukis komik, majalah, pelukis untuk filem animasi, dan banyak lagi. Lat sebagai contoh menjadi kaya raya dan muncul manusia bergelar kerana kebolehannya melukis kartun.Walaupun Malaysia ada Lat, namun hampir-hampir tidak ada kartunis kita yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.Umpamanya dalam The 8th Tehran Cartoon International Biennial , sehingga 28 Julai belum ada kartunis kita mengambil bahagian, sedangkan negara jiran kita, Indonesia telah menghantar dua peserta. Sesungguhnya lukisan kartun sekarang ini semakin mendapat tempat sebagai alat dalam menyampaikan sesuatu mesej seperti sindiran, kritikan dan bagi menceritakan tentang sesuatu. Memandangkan begitu banyak pertandingan kartun di peringkat antarabangsa maka terimalah ini sebagai satu peluang bagi menggalakkan murid/anak anda menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah yang lumayan itu. Umpamanya World Press Cartoon Sinatra 2008 menawarkan hadiah utama 20000 Euro, dan The 1st International China Olympic Cartoon Competition dengan hadiah utama RMB 250,000. Cukup lumayan. Kalau bukan anak/murid cikgu yang menyertainya, cikgu sendiri pun apa salahnya.












No user commented in " Kerjaya Dalam Bidang Perkartunan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply