PIDATO PENGHORMATAN ANUGERAH AKAR 2008
Penerima Anugerah: Tuan Haji Othman bin Mahmud, AMN, AMP, PPT
Pemidato: Abd Bashid Harun
Assalamu’alaikum wr wbt dan Selamat Sejahtera, tuan-tuan dan puan-puan,
Anugerah Akar adalah lanjutan daripada beberapa produk dan perkhidmatan bertemakan akar bakau yang dihasilkan oleh SMK Simpang. Akar Bakau telah dipilih sebagai tema dan ikon sekolah ini sejak tahun 2000 hasil ilham dan pandangan jauh pengetuanya ketika itu yang juga merupakan Penerima Anugerah Akar 2008.
Penerbitan akhbar sisipan yang turut menggunakan nama Ikon pada 2003 oleh Berita Harian dan Kejadian Tsunami pada 2004 semacam memperaku ketepatan penggunaan akar bakau sebagai ikon sekolah.
Kejadian Tsunami telah menimbulkan kesedaran kepada warga bumi betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Betapa perlunya sungai dan laut kita dipagari dengan pepohonan bakau yang dikatakan menjadi benteng pertahanan semulajadi yang cukup ampuh bagi mengurangkan kesan pukulan dan tolakan ombak.
Ini terbukti apabila kawasan yang mempunyai jajaran pohon bakau seperti Matang dan Kuala Sepetang kurang menerima kesan pukulan ombak tsunami tempoh hari berbanding kawasan yang mengalami kepupusan bakau. Justeru pemilihan Akar Bakau oleh tokoh ini memang kena dan penuh makna.
Anugerah Akar sebagai anugerah tertinggi di peringkat sekolah diberikan kepada bekas tokoh pendidik yang memberikan sumbangan penuh makna dan berkesan sepanjang tempoh perkhidmatan di SMK Simpang.
Pengasas Ikon Akar Bakau yang juga Penerima Anugerah Akar ini memahami bahawa:
Akar jangkang yang tumbuh di sekeliling pangkal pohon sama-sama menunjang batang.Bahawa semua warga SMK Simpang termasuk masyarakat dan agensi setempat sama-sama penting bagi menjulang organisasi sekolah ke puncak kegemilangan dan menjadi yang terbilang antara yang cemerlang.Kejayaan atau kegagalan sekolah ini adalah tanggungjawab semua bukan terpikul di bahu seseorang atau sebahagian warganya.
Maka berteraskan semangat Akar Bakau ini, tokoh ini telah melakukan beberapa tindakan proaktif.Antaranya:
EMPOWERMENT TERPIMPIN
Dengan kepercayaan bahawa semua warga sekolah berpotensi untuk menjadi pemimpin, beliau telah menaik taraf /meluaskan fungsi/menubuhkan:
Pengawas Sekolah
Pengawas Pusat Sumber
Majlis Ketua Tingkatan
Persatuan Tingkatan 6
Pembimbing Rakan Sebaya
Pengawas SPBT
PROJEK SERAH
Penyerahan “kepercayaan” secara rasmi oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 1 dan Peralihan kepada pihak sekolah yang melibatkan satu wa’adat (sumpah setia):
Akuserah daripada pihak Ibu bapa(ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada sekolah)
Akuterima daripada pihak Guru (guru-guru menerima anak-anak itu)
PERKONGSIAN PINTAR melalui pendekatan menang-menang yang melibatkan agensi luar:
MPT
Jabatan Hutan
Jabatan Muzium
dan lain-lain
Walaupun tidak diminta, tetapi adab Tuan Rumah patut memberi.Dengan ini dibacakan biodata ringkas Penerima Anugerah Akar 2008
Beliau dilahirkan di Pondok Quin, Batu Kurau Perak pada hari Selasa 16 Ogos 1949. Mula mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Akar (sekarang dikenali sebagai SK Tok Sajak) pada tahun 1956 hingga 1961.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke S.M King Edward VII Taiping pada
tahun 1962 hingga 1967.
Kemudiannya menyambung pengajian di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh
pada tahun 1968 hingga 1969.
Beliau mula berkhidmat di SMK Simpang pada tahun 1998 sehingga 2005.
Usaha beliau dalam memartabatkan kecemerlangan SMK Simpang begitu meninggalkan
kesan yang mendalam serta masih diguna pakai sehingga hari ini. Antara jasa-jasa
beliau:
Pelaksanaan sistem Roll-Call
Memperkenalkan kemeja T sekolah
Pemakaian tali leher
Replika akar bakau sebagai ikon sekolah,
Slogan sekolah “SIMPANG THE BEST”
Penubuhan kelas Tingkatan 6
Akhbar Dalam Darjah(ADD) dengan kerjasama Berita Harian
Permainan sukan ragbi diperkenalkan
Makmal komputer mula beroperasi
Radio sekolah
Budaya “adab belajar dan mengajar”
Penubuhan bridget komuniti untuk mengawal masalah ponteng
kelas.
Atas sumbangan yang penuh bermakna dan berkesan sehingga ke hari ini, maka seluruh warga SMK Simpang, termasuk PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar dengan penuh takzim dan bangganya mengisyhtiharkan Penerima Anugerah Akar kali pertama ini dianugerahi kepada pengasasnya sendiri, iaitu: TUAN HAJI OTHMAN BIN MAHMUD, mantan Pengetua SMK Simpang dari 1998 hingga 2005.
Tahniah dan Terima kasih












2 users commented in " Pidato Penghormatan Anugerah Akar "
Follow-up comment rss or Leave a Trackbackkalau sekiranya ada kesempatan untuk ketemu dengan anda maka sebuah penghormatan bagi saya dan untuk itu aku berucap selamt atas kesuksesan atas terlaksananya program ytang telah dicanangkan.
salam kenal dan ijinkan saya untuk mengenal anda lebih dekat (tlg krm No HPx/081353555712)
Mr.Foumram79@gmail.com
Bermakna. Salam.
Leave A Reply