Kesilapan yang disenaraikan ini bukan kesilapan yang sengaja direka, tetapi benar-benar berlaku.

A. Berhenti dalam jeda yang tidak tepat

Contoh-contoh:

1 Tun Dr Mahathir (Berhenti) Mohamad.Sepatutnya Tun Dr Mahathir bin Mohamad atau Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 Wawasan (berhenti) 2020 . Sepatutnya Wawasan 2020.
3 Bersatu (berhenti) kita teguh, bercerai (berhenti) kita roboh.Sepatutnya bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
4 Pembuka (berhenti) bicara. Sepatutnya pembuka bicara.
5 Bersatu (berhenti) padu. Sepatutnya bersatu padu
6 Mengikut acuannya (berhenti) sendiri. Sepatutnya mengikut acuannya sendiri
7 Sembah (berhenti) dan salam. Sepatutnya sembah dan salam.
8 Bagai enau dalam belukar melepaskan(berhenti) pucuk (berhenti) masing-masing.Sepatutnya bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
9 Menanggung (berhenti) derita. Sepatutnya menanggung derita
10 Begitu kukuh (berhenti) sekali. Sepatutnya begitu kukuh sekali
11 Pencetus (berhenti) perpaduan. Sepatutnya pencetus perpaduan

B.Tidak sesuai dari segi pemilihan kata/diksi

Contoh-contoh:

1 Negara majmuk. Sepatutnya masyarakat majmuk
2 Kadar Dalam Negeri Kasar. Sepatutnya Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
3 Tunggak. Sepatutnya Tonggak
4 Penal. Sepatutnya panel
5 Wawasan negara yang kelapan. Sepatutnya cabaran wawasan negara yang kelapan
6 Lima rukun negara. Sepatutnya lima prinsip rukun negara
7 Di bawah satu jalur gemilang. Sepatutnya di bawah satu bendera, iaitu jalur gemilang

C. Kesalahan Sebutan

Contoh-contoh:

1 Mesyarakat sepatutnya masyarakat
2 Wewesan 2020 sepatutnya Wawasan 2020
3 Wawasan duapplo duapplo sepatutnya Wawasan Dua Puluh Dua Puluh
4 Hadirin sekelian. Sepatutnya hadirin sekalian
5 Menunjulkan. Sepatutnya menonjolkan
6 Di mena mena. Sepatutnya di mana-mana
7 Adelah. Sepatutnya adalah
8 Bah. Sepatutnya bak

D.Menambah huruf sehingga mengubah bunyi (kadang-kadang maksud)

Contoh-contoh:

1 Ini menjadi inni
2 Saya menjadi sayya
3 Kita menjadi kitah
4 Pula menjadi pulah
5 Tanpa menjadi tanpah
6 Dada menjadi dadah
7 Bangsa menjadi bangsah
8 Kata menjadi katta
9 Masa menjadi massa
10 Negara menjadi negarra
11 Wawasan menjadi Wawassan
12 Saya menjadi sayah atau sayya
13 Bahasa menjadi bahassa
14 Organisasi menjadi organissasi
15 Serba menjadi serbah
16 Menempa menjadi menempah (maksud sudah berbeza)
17 Generasi muda menjadi generasi mudah (maksud berbeza)
18 Bicara menjadi biccara atau biccarra
19 Hidup menjadi hiddup
20 Kaum menjadi kawwum
21 Dewan menjadi dewwan
22 Negara menjadi neggara
23 Kesusilaan menjadi kessussilaan atau kesussillaan
24 Lihat menjadi lihhat
25 Salam menjadi sallam
26 Ringan menjadi ringgan
27 Kepada menjadi keppada
28 Kerana menjadi keranna

E. Menggugurkan huruf

1 Hadirin menjadi hadrin
2 Sejahtera menjadi sejatera
3 Seorang menjadi sorang
4 Seterusnya menjadi seterusa
5 Keadilan menjadi keadila
6 Antarabangsa menjadi antrabangsa
7 Buah pinggang menjadi bua pingga
8 Dadah menjadi dada
9 Dedah menjadi deda

Hakcipta Abd Bashid Harun