Sebagai individu yang terlibat aktif dalam perbahasan sejak dari bangku sekolah; sama ada sebagai peserta mahupun hakim, guru pembimbing dan jurulatih saya melahirkan rasa kecewa saya terhadap mutu perbahasan antara YB Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YB Datuk Ahmad Shabery Cheek saya lihat tidak banyak membuat rujukan tentang minyak ketimbang rujukan terhadap sejarah Anwar. Datuk saya kira berjaya membelasah Anwar ketimbang menghuraikan isi dan data berkisar pada harga minyak selain berkali-kali mengulangi contoh yang serupa.
Ini bukan perbahasan konvensional di mana pembahas selalu sahaja diserang secara peribadi. Apa yang diharapkan oleh penonton daripada perbahasan itu adalah satu perbahasan ilmiah di mana-mana kedua-dua pembahas membahaskan di sekitar premis hujah yang dikemukakan sebagai usul.
Saya berharap perbahasan malam itu benar-benar dapat mengalihkan serangan secara membuta tuli ke atas kerajaan dari jalan-jalan kepada hujah yang lebih bertanggungjawab di pentas terbuka di mana fakta,kematangan dan keterbukaan menjadi kriteria utamanya. Tetapi malangnya jika anda menyerang pembahas secara peribadi di pentas itu apa bezanya serangan yang dibuat di atas jalan-jalan raya itu. Perangai sama cuma tempatnya berbeza. Saya amat kecewa apabila ini berlaku.
Sebagai penyokong kerajaan saya mengharapkan banyak daripada YB Datuk tetapi ternyata saya tidak menemuinya. Tiada isi dan fakta yang benar-benarkan meyakinkan daripada kedua-dua pihak.
Anwar dengan segala pengalaman yang ada tetap berjaya mengekalkan lagak macho di atas pentas selama sejam itu. Anwar benar-benar menggunakan kesempatan selama sejam itu untuk menunjukkan kebolehannya sebagai orator sebab dia tahu inilah peluang terbaik buatnya membuktikan kejantanannya berdepan dengan khalayak di saat-saat negara dihangatkan dengan beberapa isu yang turut dikaitkan dengan dirinya.
Dari segi penghujahan fakta, tiada yang luar biasa kerana fakta yang disebut olah YB Datuk Ahmad Shabery Cheek mahupun Anwar tidak ubah seperti fakta yang pernah disebut oleh penyokong kedua-dua pihak baik di kedai-kedai kopi mahupun dipentas-pentas ceramah. Dalam hal ini saya memberikan mereka 50-50.
Tetapi dari sudut kebolehan berbahas, keyakinan, ketenangan, kebersahajaan dan tanpa serangan peribadi saya memberi kemenangan kepada Anwar.
Dari segi keberanian dan ingin lari daripada kebiasaan saya memberi 100% kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Namun perbahasan yang bermutu tidak mencukupi hanya dengan keberanian sahaja, tetapi yang diperlukan adalah lebih daripada itu.
Hakcipta Abd Bashid Harun

















2 users commented in " Debat Ahmad Shabery-Anwar: Satu Penilaian "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackAsalamu’alaikum….
Saya rasa saudara melihat debat ini secara ‘bias’. Saudara adalah penyokong kerajaan, sudah tentu apa yang dikatakan oleh pihak kerajaan saudara akan setuju. Bagi saya untuk melihat debat ini, kita perlu melihat diri kita dari segi seorang rakyat yang memerlukan bantuan dan ihsan dari seorang pemimpin atau kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat. Rakyat perlu tahu apa pengurusan yang telah dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat.
Hakikat sekarang, rakyat makin miskin kerana tindakan kerajaan yang membelakangkan kepentingan rakyat. Duit rakyat telah dicuri sehingga 40%. Pengorbanan rakyat ada batasnya, tapi jika rakyat sahaja yang berkorban, itu namanya tidak adil.
Dalam debat itu, banyak persoalan yang tidak dapat dijawab oleh Datuk Shabery yang masih menjadi tanda tanya rakyat. Janji yang tidak ditepati dimana untuk meningkatkan pengangkutan awam, tetapi berlaku sebaliknya.
Saya tidak mahu bercakap panjang…dalam debat ini saya melihat diri saya sebagai rakyat, Saya banyak menyokong hujah DSAI yang membawa fakta bersama hujahnya. Saya beri 85% kepada DSAI dan 15% kepada datu Bery.
anwar hadir berdebat dengan sokongan orang-orang yang sentiasa sayang padanya…..itu menjadikannya berkeyakinan dan tenang….dato’ shabery kelihatan keseorangan menghadapi debat tersebut…walaupun ada yang datang menyokongnya……tapi hanya bertepuk apa saja dato’ shabery katakan…..macam sitkom komedi pi mai pi mai tang tu…. lak
Leave A Reply