1 Terlalu sulit untuk menggambarkan contoh perbahasan yang menggunakan taktik MANIPULASI seperti yang pernah cikgu sebutkan dalam artikel cikgu sebelumnya jika anda sendiri tidak pernah melihat dengan lebih dekat dan menjiwai sesuatu perbahasan itu. KLIK DI SINI dan KLIK DI SINI.
2 Malahan kalau anda hadir pun,anda belum tentu memperolehnya sebab jarang-jarang pembahas/pendebat akan menggunakan taktik ini.
3 Jadi cikgu berasa terpanggil dan merasa penuh tanggungjawab untuk menghadirkan sebuah contoh penggunaan taktik MANIPULASI yang benar-benar hidup kepada pembaca, pendebat atau bakal pendebat dengan cikgu sendiri mengambil keputusan untuk melibatkan diri.
Cikgu menggunakan wadah sedia ada iaitu Grup Tentera Semut, salah satu saluran forum dalam Facebook yang adminnya pembangkang dan majoriti ahli di dalamnya adalah penyokong pas totok.
4 Cikgu sedar ini bukanlah contoh perbincangan atau perdebatan yang terbaik yang boleh diikuti, memandangkan bahasa yang digunakan oleh satu pihak lagi sangat kesat, cuma cikgu sekadar hendak menampakkan kepada kamu bagaimana elemen MANIPULASI itu telah cikgu gunakan dan bagaimana kesannya kepada lawan.
5 Cikgu sebenarnya telah menggunakan dua taktik perbahasan di sini, iaitu taktik MANIPULASI dan taktik MENGUJI.
6 Dalam maksud yang lain cikgu ingin tunjukkan bahawa apa yang tertulis pada slogan mereka mengenai ciri-ciri SEMUT itu seperti BERSATU dan BERAKHLAK langsung tidak ada pada mereka.Senang cakap langsung tidak diamalkan.
7 Dalam slogan mereka itu mereka menjelaskan bahawa semut menolak semangat Kebangsaan, wal hal berdasarkan tulisan mereka sendiri jelas yang mereka tanpa disedari telah memperaku bahawa semutlah yang paling kuat semangat kebangasaannya yang dapat dibuktikan melalui kuatnya semangat kerjasama kaum semut sehingga tidak dapat menerima binatang lain seperti nyamuk atau serangga lain.
8 Tanpa mereka sedari mereka telah menggunakan maskot yang salah apabila mereka menghadirkan binatang SEMUT untuk menolak semangat kebangsaan (merujuk kepada UMNO) walhal ciri-ciri yang ada pada SEMUT itulah yang ada pada UMNO dalam BARISAN NASIONAL.
9 Ternyata sangat menyimpang. Begitulah bagaimana MANIPULASI menjadi salah satu taktik yang baik untuk memangkas keegoan si sombong seperti ahli yang berjuang di bawah TENTERA SEMUT itu.
10 Dalam erti kata lain manipulasi bermaksud menggunakan senjata yang ada pada pihak lawan sendiri untuk “membunuh” mereka atau dalam bahasa yang lebih halus, “senjata makan tuan”.
11 Seperti cikgu jelaskan dalam artikel sebelumnya MANIPULASI menjadi taktik atau teknik yang paling berkesan untuk membuakkan perasaan seseorang agar menjadi marah dan kacau.Ketika itulah kelemahan lawan mula dibogelkan, bukan kita yang melakukannya, tetapi mereka sendiri.
12 Melalui kata-kata pedas, kotor dan tidak sopan yang keluar daripada mulut mereka (yang ditulis) kita sudah dapat menilai bahawa siapa sebenarnya mereka.Apa yang menjadi slogan mereka iaitu sang SEMUT ternyata hampas,kosong. Bikin tak serupa cakap.
13 Cikgu sebenarnya tadi telah menggunakan satu lagi taktik dalam perbahasan iaitu MENGUJI. Cikgu tak bercadang menulis satu esei khusus tentang taktik ini, sebab taktik ini agak mudah dan tidak banyak yang boleh dijelaskan.
14 Ujian di sini dilakukan terhadap tahap pengetahuan dan kefahaman yang lawan miliki mengenai sejarah Tentera Semut atau cerita semut itu. Cikgu menyebut klausa “semut pada zaman nabi Allah Sulaiman”.
15 Daripada reaksi balas mereka ternyata mereka tidak faham mengenai sejarah dan cerita semut itu walaupun mereka menggunakan nama semut itu. Ini terbukti apabila mereka cuba lari daripada perbincangan tentang ciri-ciri keistimewaan SEMUT dengan menghamburkan kata-kata yang tidak berkaitan dengan slogan, moto atau ciri-ciri Sang Semut.
16 Kesannya APABILA POSTING SAYA TENTANG SEMUT YANG MENJADI SLOGAN MEREKA TERKENA BATANG HIDUNG MEREKA, beginilah mereka yang mengaku sebagai tentera semut bereaksi.
17 Maka timbullah persoalan dalam minda kita, adakah mereka faham apa yang mereka sendiri tulis atau sebutkan? Adakah mereka faham sejarah bangsa semut itu dan cerita yang berkaitan dengannya.
18 Tataplah dan renunglah reaksi mereka melalui perbincangan tentangnya seperti yang cikgu copy dan pastekan di bawah.Dan nilailah sendiri, siapa kita dan siapa pula mereka.
19 Kalau cikgu tak bawa keluar apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam grup mereka kita takkan tau. Sebab itulah cikgu bawakan dialog itu di sini untuk penilaian bersama.
INI SLOGAN @ MOTO TENTERA SEMUT: SEMUT ADALAH ANUGERAH ALLAH SEBAGAI MAKHLUK YANG BERSATU DAN BERAKHLAK. WALAU PUN KECIL, SEMUT BERSATU DALAM SEMUA HAL… DARI SINI, KITA MELIHAT SEMUT ITU BERPESAN KEPADA SEMUA BANGSA SEMUT YANG TIDAK BERPAKSI KEPADA SEJENIS BANGSA SEMUT…. ADALAH JELAS MANUSIA LEBIH HINA DARI BINATANG SEMUT KERANA BERJUANG ATAS DASAR KEBANGSAAN ATAU BAHASA MOD…ENNYA NASIONALISMA, TIADA KEPENTINGAN DIRI, HASUT MENGHASUT, FITNAH MEMFITNAH….SEMUA BEBAS BERBICARA, NAMUN TIADA SIAPA YANG BEBAS SETELAH BERBICARA…. BERHATI-HATI LAAAAAA…. TENTERA SEMUT TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS POSTING ANDA.
Hj Masran Haron: Tentera Semut,, 6,373 mmbers termasuk sya, (Blm kena delete) ingin bertanya pd group ni,, berapa ramai ahli UMNO yg telah dpt dipengaruhi utk menyokong PR??..
Assyahid Fadhil Muhsin: pak aji……DAH LAMA DAH….
Mohd Rhb:ahli umno yang datang ke group ni kebanyakkannya (kecuali hj masron kut) bukan nak cari jawapan kepada benda-benda yang meragukan depa…tapi lebih kepada nak bashing dan provoke. sebab tu depa tak boleh terima dan hadam fakta yang ditunjukkan depan mata..
KIRIMAN TERDAHULU:
Abd Bashid Harun:Semut adalah binatang yang sangat kuat semangat kebangsaannya yang dijelmakan melalui ikatan dan perpaduan sesama bangsa semut. Binatang kecil lainnya seperti nyamuk tidak akan diterima dalam masyarakat semut.
Paklah Rahim: ADAKAH ANDA RISAU ???
heheheheeeeeeeee.
Bentan Laksamana: Ko minta Allah tukarkan jadi semut je la bersara dr jadi ….bezanya manusia ada akal semut tak ada akal…..jgn la ko nak jadi cikgu pencacai umngok seumur hidup mcm semut yg tak ada akal…….ko dah report ko blm……..kah3.
Abd Bashid Harun: Saya tidak risau tentang semut sebab semangat kebangsaan dan kepuakan bangsa semut sangat tinggi.Yang saya risaukan ialah segelintir bangsa yang sudah lari dpd semangat kebangsaan semut yang sangat tinggi dalaml mempertahankan kepentingan bangsa dan negaranya.
PaklahRahim :hg ingat kalau nama mcm tu , melambangkan orgnya pun mcm tu ?
Paklah Rahim: apa ada pada nama, bro ??
nama mohd najib, blum tentu dia kuat berpegang pada sunnah nabi muhammad s.a.w
Abd Bashid Harun: Semut pun akhirnya malu kepada orang yang mengangkatnya sebagai tentera sebab namanya telah disalahgunakan sekadar untuk tujuan propaganda tanpa faham dan beramal dengannya.
Paklah Rahim: ye ke ??
kala jengking malu tak bila kumpulan scorpion buat lagu cinta, padahal kala jengking tak sentimental pun ??
heheheeeeeeee
Abd Bashid Harun: Akhirnya aku tak menemui semut seperti keadaannya pada zaman Sulaiman, aku hanya menemui semut yang diperalatkan.
Zharif Mostwanted: hahahaha…lawak betol ko ni paklah rahim..hahaha..
Paklah Rahim: hg ni mai dari zaman SULAIMAN ke bro ??hg ni afrit ke ???
Shahrul Pastu Nizam: peralat….???sapa jd alat…??alat utk sebuah parti yg takut utk terus brkuasa….???
Shahrul Pastu Nizam: org2 yg xmau tgk perubahan ja yg sggup jd alat….
Paklah Rahim: dgn depa ni, bukan buleh serius..depa bukan nak terima pun…baik jwb mcm din beramboi jeee
Bentan Laksamana: Lombu pun malu bila d katakan tinggal d kondo……akhir nya aku temui hanya lombu2 umngok
Paklah Rahim kalau ikut pemahaman Abd Bashid Harun, lembu tu pun malu bila di tuduh tggl kt kondo..tak gitu bashid ??
Paklah Rahim: mana Abd Bashid Harun ni ??dah pulang ke zaman sulaiman semula ke ??
Abd Bashid Harun: Begitulah mereka apabila hanya sekadar menyarungkan pakaian TENTERA SEMUT tanpa menjiwai semangatnya. Terima kasih semua. Ceriakan diri selalu.Wassalamu’alaikum wr wbt.
Hakcipta Abd Bashid Harun











No user commented in " Cara GuruBashid vs. Tentera Semut: Contoh Real Penggunaan Taktik Manipulasi Dalam Perbahasan "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply