Catatan: Pandangan ini adalah ekoran daripada debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan kenaikan harga minyak yang dijangka berlangsung pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.

1) DARI dahulu lagi Anwar suka berdebat. Anwar dan pembangkang melihat debat sebagai satu cara untuk menunjukkan kebenaran, dan untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka. Sebaliknya kerajaan tidak suka berdebat. Kerajaan lebih suka buat atau laksanakan sesuatu.

Sebab itu dari dahulu lagi debat tidak pernah dijadikan satu alternatif apabila berdepan dengan pembangkang di negara ini. Jika adapun ia bukan dibuat oleh kerajaan per se, tetapi oleh pertubuhan atau individu tertentu dalam kerajaan.

Perdebatan atau ringkasnya debat mungkin sesuai sebagai acara, tetapi bukan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Debat adalah saluran yang ditunggu-tunggu oleh pihak yang tidak berpuas hati untuk menghentam lawan mereka sepuas-puasnya. Sementara satu pihak menyenaraikan kelemahan-kelemahan lawan, satu pihak lagi akan bersedia dengan alasan-alasan. Hanya sekadar itu. Baca seterusnya di sini

2) Perdebatan hanyalah cara yang dituntut oleh orang yang ada kelebihan bercakap, tetapi tidak ada kelebihan-kelebihan lain. Hakikatnya, perdebatan tidak akan mengubah apa-apa.

Perdebatan tidak akan menyebabkan tanah yang tergadai terbang menemui tuannya semula. Perdebatan tidak akan menyebabkan tanah yang ditumbuhi lalang tiba-tiba tertanam dengan sendirinya. Baca seterusnya di sini

3) Bagi mereka yang ada idea bernas dan bitara lebih baik menulis. Tetapi inilah yang paling dihindari oleh para pendebat. Mulut yang biasa dibuka, hampir tidak berguna langsung apabila menulis. Inilah sebabnya mereka kurang terdorong untuk menulis. Lagipun menulis tidak akan menjadikan mereka cepat popular, sedangkan populariti adalah sifat yang paling penting yang diperlukan oleh ahli-ahli politik seperti mereka. Baca seterusnya di sini

Pendapat GuruBashid