BANYAK bahan berguna yang boleh diperolehi  secara percuma sahaja dari internet. Ini termasuklah bahan yang times_cover2007_su.jpgberkaitan dengan peperiksaan. Pokok pangkalnya anda kena rajin search. GuruBashid melalui blognya Panduan Guru-Guru Malaysia sentiasa mempunyai komitmen yang tinggi untuk membantu para guru agar mereka dapat membantu para pelajar. Selain melontarkan buah fikiran, GuruBashid juga akan melakukan search atau carian secara berterusan untuk mendapatkan bahan-bahan berguna buat para guru dan pelajar. Contohnya Soalan Ulangkaji SPM 2007 ini boleh didownload secara percuma sahaja. Di dalamnya dimuatkan set soalan SPM meliputi subjek-subjek Sains dan Sastera. Bukan itu sahaja pakej ini dilengkapi dengan jawapan dan panduannya sekali. Bertuah sungguh pelajar SPM tahun ini. Times sebuah penerbitan terkenal yang menerbitkan buku panduan ini telah mendapat kerjasama dari tiga IPTS terunggul iaitu MAHSA College, Universiti Multimedia dan Segi College. Jika ada guru atau sesiapa sahaja yang terbaca artikel ini sila maklumkan kepada pelajar anda. Layari laman web ini http://timesguides.com untuk mendapatkan apa yang anda ingini di sini.