SAYA tidak begitu pasti berapa kali Indonesia menangis. Yang jelas satu persatu petaka menimpa negara tetangga itu. Gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, banjir dsbnya. Dalam keghairahan kita sibuk membuat persiapan ‘idilfitri, jangan lupa nasib tetangga kita yang ditimpa malang itu. Di suatu segi mereka kurang bernasib baik berbanding kita di Malaysia. Tetapi dari sudut yang lain, mereka adalah kumpulan yang telah biasa diuji dengan pelbagai cobaan dari Tuhan. Mereka mungkin sudah tidak mahu menangis lagi selepas ini. Yang pasti mereka lebih bersiap siaga dalam menghadapi pelbagai kemungkinan. Kita yang hampir tak pernah diuji dengan petaka alam yang besar agak-agaknya bagaimana jika ditakdirkan giliran kita pula diuji sedemikian rupa? Sedangkan sewaktu Tuhan menguji kita dengan banjir kilat di Syah Alam suatu ketika dahulu kita lihat suasananya begitu kelam kabut.Berlaku salah menyalah antara satu sama lain. Itu baru ujian yang kecil.

















No user commented in " Indonesia Menangis "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply