Dasar hubungan luar Malaysia ialah berkecuali dan bersama-sama ASEAN berpegang kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan). Itulah formula Malaysia yang dipakai sejak sekian lama yang menjadikan Malaysia adalah tempat paling selamat untuk para pelabur dan tempat paling sesuai untuk para pelancong menikmati keindahan alam tanpa khuatir diganggu.Sejajar dengan sikap berkecuali ini kita berpegang kepada pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara sahabat sambil bersedia menjalin hubungan dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan kita tanpa mengira latar belakang negara berkenaan. Malaysia mewujudkan suasana harmoni dan welcoming untuk semua. Sebab itu tidak ada alasan mengapa Malaysia harus diragui.
Jika ada masalah, pendekatan yang digunakan oleh Malaysia ialah melalui perundingan atau meja bulat. Kita menolak perdebatan apatah lagi kekerasan serta paksaan. Kita sanggup berunding berpuluh-puluh kali untuk mencari jalan penyelesaian. Tetapi kita tidak sanggup kehilangan rakan kerana kekasaran kita
Pendekatan ini akhirnya menguntungkan Malaysia kerana telah menarik ramai pelabur asing dari pelbagai negara untuk melabur modal di negara ini kerana mereka yakin pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Dengan keadaan politik yang stabil, asas ekonomi yang kukuh, kepimpinan yang dinamik, rakyat kita yang ramah dan rekod-rekod kita yang bersih, pelabur lebih yakin dengan negara ini. Hakcipta Abd Bashid Harun