TUNTUTAN Penyelia Petang sekolah menengah negeri Perak setahun yang lalu di Hotel Grand Continental, Langkawi nampaknya diberi perhatian wajar oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini telah dimaklumkan oleh Encik Zainul Kamal bin Abd Raof, Penyelia Sek Menengah, Unit Sek Men, Jab Pelajaran Negeri Perak yang membentang kertas beliau “Penjenamaan Semula Penyelia Petang” dalam Bengkel dan Kursus Profesionalisme Penyelia Petang SMK Negeri Perak dari 16 hingga 16 Ogos 2007 di Kondo Istana, Langkawi. Apa yang menarik tuntutan yang baru berusia setahun itu bukan sahaja berjaya menukarkan gelaran Penyelia Petang kepada Penolong Kanan Petang, malahan kementerian turut menaik taraf gred Penyelia Petang dari DG41 ke DG44. Tuntutan yang asalnya dikemukakan oleh sekumpulan Penyelia Petang dari negeri Perak itu nampaknya memberi keuntungan kepada semua Penyelia Petang (Menengah) di seluruh negara. Semua ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2008. Yang lebih gembira menerima perkhabaran ini tentulah Penyelia Petang yang sekarang masih berada di gred DG41. Nampaknya apa yang dicapai melebihi apa yang ditunut. Ini membuktikan betapa kerajaan pimpinan Pak Lah benar-benar mengotakan janji dengan memberi perhatian kepada kebajikan guru di pelbagai peringkat setelah semua guru termasuk kaki tangan awam lain menerima kenaikan gaji yang tertinggi dalam sejarah. Semoga pengiktirafan ini akan meningkatkan motivasi Penyelia Petang untuk terus bekerja dengan penuh amanah, gigih dan bertanggungjawab.











1 user commented in " Berita Gembira Buat Penyelia Petang "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackSaya baru terbaca artikal kenaikan gred pyelia petang ke 44.apakah berita ini benar kerana kami di pahang tidak mendapat sebarang pekeliling mngenainya
Leave A Reply