Baru semalam dia meninggal dunia
Masih dalam kesedihan keluarganya
Masih terlalu panas bahang pemergiannya
Masih belum percaya pada sesetengah kita akan ketiadaannya.
Tiba-tiba di sini dengan keghairahan sebahagian kita
Menyebut tentang pilihan raya kecil
dan calon mana yang layak menggantikannya
Lebih-lebih lagi yang mempolitikkannya
Tak tahu membezakan masa
Bila perlu berduka dan masa bila perlu bersuka
Tak berubah-ubah juga perangai lama
Semoga Tuhan tidak memalingkan wajah-Nya
dari muka kita.
Al-Fatihah
Buat Roh Allahyarham Datuk Razali bin Ismail
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
dan takziah warga pendidik dari seluruh negara
ke atas keluarga peribadi yang berjasa
daripada GuruBashid seisi keluarga
Abd Bashid Harun












8 users commented in " Baru Semalam Dia Meninggal Dunia Hari Ini Di Sini Kita Sibuk Tentang Pilihan Raya Sungguh Aneh Cara Sebahagian Kita "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackTakziah……
Salam Cikgu Bashid.
Terima kasih diatas peringatan ikhlas kepada semua ahli BPN. Semuga kita mendapat iktibar darinya. Saling kita ingat mengingati sesama kita. InsyaAllah.
Alfatihah disedekahkan kepada arwah.
Taminsari
belantan.blogspot.com
Salam….
Sy setuju dengan puisi/sajak nukilan cikgu tu….
Bagikan tidak berhati perut.. Kesedihan masih dirasai.. sudah mula bercakap hal yg x sepatutnya
ya, sepatutnya pengisian kekosongan kerusi atau pilihanraya tidak sepatutnya dibualkan pada hari pemergian allahyarham. Bagi saya ianya seperti tidak menghormati perasaan keluarga yang begitu sedih. Adakah ini juga perlu di ajar?
tuan,
cuba tengok web tranungkite.net. Forumer tak menghormati langsung roh si mati. Bukan sahaja itu, tak mengingati serta menginsafi kematian tersebut.
depa sibuk persoal siapa bakal jadi calon. Kalau ini la perangai penyokong parti yang menegakkan Islam, saya malu dan saya tidak benarkan merekan memberi nama buruk kepada Islam.
Itulah beban kita membawa nama Islam, kena sentiasa tnjuk contoh yang baik.
Contoh: jika orang biasa yang mencuri, orang akan tengok dia sebagai seorang yang jahat. Tapi kalau Ustaz yang mencuri, orang akan persoal agama yang disampaikan Ustaz tersebut. Sama juga prinsip nya dengan parti yang bawa nama Islam. Kena jaga peribadi jaga nama baik Islam.
saya setuju dengan pandangan tuan. masalah dengan orang kita ialah mereka sudah kehilangan adab dan akhlak, seolah-olah segala-galanya adalah politik. salam perjuangan.
Terima kasih kepada semua yang memberi komen. Ini menjadi etunjuk yang sdr/ri memang prihatin dalam hal ini. Sungguh pun nampak kecil bagi sesetengah orang tetapi ini memberi gambaran tentang wajah sebenar kita dan apa yang kita utamakan dalam hidup ini.
2) Yang paling menyedihkan saya ialah artikel ini. Memang tak patut dan keterlaluan.
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=18967&mode=thread&order=0&thold=0
salam cikgu…
kita perlu muhasabah diri bila kita dah lari daripada landasan yang hakiki… teguran yang cukup bermakna terima kasih cikgu
Leave A Reply