Pada 17 Disember yang lalu sekumpulan kanak-kanak perempuan yang berusia antara 10 hingga 12 tahun yang belajar di beberapa buah sekolah di Taiping dan menetap di Perumahan Awam Batu 2 ½, Jalan Simpang, 34000 TAIPING atas inisiatif mereka sendiri telah mempersembahkan sebuah tarian untuk dihidangkan kepada para tetamu di Malam Kebudayaan, sempena Program Khidmat Masyarakat (OPKIM) kali ke-XIV anjuran UKM dengan kerjasama kerajaan negeri Perak, JKK Kg Sg Lidin Baru serta UMNO Cawangan Pengkalan Aur.
Kumpulan yang membawa Tarian Kipas itu diketuai oleh adik Nurul Atiqah binti Abd Bashid yang turut bertindak sebagai jurulatih dan pereka tari telah berjaya memukau kira-kira 200 tetamu yang hadir. Latihan yang dibuat dengan sungguh-sungguh selama 14 hari nampaknya berjaya membuahkan hasil.
Meskipun begitu, tidak dinafikan masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki memandangkan usia kumpulan tarian itu masih terlalu baru dan masih banyak kemahiran seni tari yang masih belum dikuasai.
Memandangkan kumpulan yang mahu dikenali sebagai PELANGI itu telah berjaya membuat persembahan mereka yang pertama, maka kumpulan itu berazam untuk mengadakan lebih banyak persembahan pada masa akan datang.
” Tetapi ini bergantung kepada jemputan/undangan dalam pelbagai majlis seperti perasmian/keramaian/kenduri kendara dan lain-lain pertunjukan yang bersesuaian, ” kata Nurul Atiqah.
Dalam kemunculan mereka yang pertama itu mereka hanya berbekalkan sepasang kipas murah buatan China dan mengenakan baju kurung sekolah yang dihias dengan selendang yang dibuat daripada kain murah pelbagai warna serta sedikit hiasan di kepala.
Pada masa akan datang kumpulan ini berharap akan muncul dengan pakaian tarian dan aksesori yang lebih sesuai. Ini termasuklah sepasang baju kurung songket dan kain samping serta mahkota dan cucuk sanggul serta beberapa aksesori lain yang semuanya bernilai lebih kurang RM150.00 seorang (termasuk upah jahit) atau RM1500.00 untuk 10 puluh orang.
Ternyata sekali kumpulan tarian kanak-kanak ini begitu bersungguh-sungguh untuk menjadikan kumpulan mereka sebagai kumpulan tarian kanak-kanak yang menyerlah di kawasan ini dan amat berharap agar kumpulan mereka dapat ditonjolkan hingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Hasrat murni dan kesungguhan mereka ini patut disokong dan didokong oleh ahli masyarakat dan pemimpin setempat melalui pelbagai cara termasuk memberi peluang kepada mereka untuk membuat persembahan dalam acara-acara yang bersesuaian.
Bantuan berupa kewangan turut dialu-alukan dalam menyediakan sebuah pasukan tarian yang mantap.
Sumbangan boleh disalurkan kepada UMNO Cawangan Pengkalan Aur dalam bentuk cek / tunai atau terus ke akaun UMNO Cawangan Pengkalan Aur, BSN bernombor: 082282900032
Selain bayaran pengangkutan (jika kenderaan mengambil dan menghantar penari tidak disediakan), kumpulan ini juga mengenakan bayaran RM250.00 sebagai bayaran/upah persembahan.
Bayaran persembahan ini akan disemak dari semasa ke semasa dan ditambah mengikut kos semasa, tahap persembahan dan jumlah tarian yang dipersembahkan.
Pada masa akan datang kumpulan ini akan terus giat berlatih dan mencari bakat-bakat baru untuk menarikan lebih banyak tarian Melayu pada masa akan datang. Buat masa ini kumpulan sekadar berpuas hati dengan satu sahaja tarian, iaitu Tarian Kipas.
Tahniah kepada ahli kumpulan Pelangi yang terdiri daripada:
1 Nurul Atiqah binti Abd Bashid Djh 6 SK Convent Kota Taiping
2 Nurul Izzah binti Abd Bashid Djh 4 SK Treacher Methodist Taiping
3 Nur Izzah binti Azhar Djh 4 SK Taiping
4 Nur Adawiyah binti Ramly Asal Kuala Lumpur
5 Nur Farihah binti Mohamad Safian Djh 5 SK Convent Kota Taiping
6 Hayatun Nazuha binti Awang Djh 4 SK Taiping
Laporan Abd Bashid Harun















No user commented in " Tahniah Buat Atiqah dan Izzah "
Follow-up comment rss or Leave a TrackbackLeave A Reply